Berkongsi detik-detik istimewa ketika berbulan madu di Korea pada 2016, Idzham Ismail menerusi entri terbaru menitipkan kata-kata istimewa buat isteri, Siti Nur Abilah.

Tulisnya, terlalu banyak liku yang terpaksa dihadapi si isteri, namun wanita itu tetap tabah dan sentiasa berada di sisi. Malah kedua-duanya pernah berjanji untuk sehidup semati.

Sayang. Dah 3 tahun usia perkahwinan kita, tak sangka terlalu banyak liku liku yang kita dah hadap terutaman sayang.

“Kita pernah janji untuk sehidup semati kan sayang semasa honeymoon kita di Korea 2016, jangan mengalah dengan dugaan, jangan leka dengan kelebihan.

IKLAN

“Sentiasa ingat Allah yang izinkan untuk kita dapat semua ni dan dari dia juga kuasa untuk tarik semua sekali.

“Bersyukur B dapat isteri yang tahan dengan semua ni terutama suamimu yang baru sedar dari lamunan. Banyak tahun lagi kita untuk adventure, kita terima dengan tangan terbuka ye sayang.

“I love You,” jelasnya.

IKLAN

Pasangan ini diijabkabul pada 27 Ogos 2016 dan dikurniakan seorang anak, Nur Sofea Inara, 2 tahun.

IKLAN

Anaknya pernah melalui pembedahan injap utama jantung pada 19 Jun 2017 ketika berusia sebulan.

Menurut Idzham, anak perempuannya disahkan mengalami Transposition Great Arteries (TGA) selepas dilahirkan.

Foto : Instagram Idzham Ismail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI