Sejak memenangi kerusi Parlimen Muar, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus meletup-letup!

Mungkin disebabkan itu, ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar pemuda berusia 26 tahun bagi melariskan perniagaan mereka.

Apa yang melucukan apabila Syed Saddiq sendiri yang berkongsi foto-foto dirinya digunakan sebagai pelaris di laman Instagram miliknya.

“I should start charging these people. Terima kasih kepada rakan-rakan yang kongsikan ini kepada saya, moga rezeki bertambah,” tulisnya.

IKLAN

Kalau lihat foto-foto tersebut memang lucu jugalah membaca nama-nama produk itu, antaranya adalah ayam percik Syed Saddiq, Air Buah, Nasi Tomato Harapan malah ada juga cadar yang menggunakan wajahnya juga.

Alahai, orang sekarang ni…sanggup lakukan apa sahaja untuk lariskan barang mereka kan? Mujurlah Syed Saddiq okay sahaja bila tahu mengenai perkara itu.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, kelihatan ramai juga netizen yang turut terhibur dengan perkongsian tersebut.

‘I Should Start Charging This People’- Syed Saddiq Kongsi Orang Guna Foto Dirinya Untuk Lariskan Perniagaan Mereka?

IKLAN

‘I Should Start Charging This People’- Syed Saddiq Kongsi Orang Guna Foto Dirinya Untuk Lariskan Perniagaan Mereka?

‘I Should Start Charging This People’- Syed Saddiq Kongsi Orang Guna Foto Dirinya Untuk Lariskan Perniagaan Mereka?

Apa-apapun, pada MH sepatutnya perkara ini tidak berlaku…tak elok guna nama dan wajah individu tanpa pengetahuannya dengan tujuan melariskan perniagaan kan? Takut nanti tak berkat hasil jualan itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI