Baru-baru ini, pelakon Intan Ladyana sekali menjadi perhatian peminat apabila dilihat saling berbalas komen di salah satu posting kekasihnya, pelakon Harris Alif di Instagram.
Menerusi komen tersebut, Intan telah meluahkan rasa rindu terhadap pelakon berusia 21 tahun itu.
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mendedahkan dia dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh tidak mahu terburu-buru atau terlalu meletakkan harapan tinggi dalam soal cahaya mata.
Ini kerana, pelakon Kampung People ini mengakui percaya akan perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya sekeluarga.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bagaimanapun akan berkongsi berita gembira kepada semua andai dikurniakan rezeki untuk hamil lagi selepas ini.
“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.
“Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti.
“Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertekan,” jelas bintang berusia 39 tahun itu.
Pada masa sama, Elly memilih untuk tidak terlalu memikirkan soal tersebut dan berserah pada Yang Maha Kuasa.
“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress.
“Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya lagi.
Terdahulu, Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert tribute #SandraDalamKenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.
Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga merupakan seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Merry Go Round ini turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama, Azmi Hatta.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Daler Yusuf memaklumkan bapanya telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, pada Khamis.
Berita sedih itu dikongsi di laman media sosial Instagram.
Sambil menzahirkan perasaan buat insan tersayang yang telah pergi selamanya, bintang drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini turut mendoakan agar arwah bapa ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Al-Fatihah to my father. I guess this is the hardest year I have to endure. Today my father passed away due to the covid19.
“Banyak hajat dia dan cita cita dia yang belum kesampaian , but I believe Allah swt loves him more. May Allah bless his soul and may he be placed di kalangan orang yang beriman.
“Minta semua doakan Daler dan keluarga kuat. Amin ya Allah SWT,” tulis Daler.
Gambar
Sebelum ini, nenek kepada Daler turut mengalami meninggal dunia selepas dijangkiti wabak Covid-19 pada awal Ogos lalu.
MH mengucapkan salam takziah kepada Daler sekeluarga.
Foto: Instagram Daler Yusuf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Rasa terharu, ada sebab mengapa dia memilih saya untuk berduet.” Itu ungkapan yang diberikan penyanyi, Sufi Rashid ketika berkongsi momen terakhirnya menyanyi bersama-sama Allahyarham Sandra Dianne.
Kedua bintang itu berpadu suara ketika dalam saingan minggu ketiga program realiti, Big Stage 2020 (BS2020) dalam minggu duet menyampaikan lagi Aku Kau Dan Muzik yang dipopularkan oleh Akim & Stacy.
“Saya ada tanya arwah, dia memilih saya kerana punya pengalaman menyanyi secara langsung atas pentas.
“Malah lagu yang bakal dinyanyikan juga sesuai dengan vokal kami.
“Jadi sebab itulah saya terima dan lakukan tugasan untuk berduet bersamanya,” katanya.
Sufi pada masa sama mengakui cukup senang dengan sikap yang dipamerkan arwah seterusnya menganggap Sandra seperti adik sendiri.
“Ketika itu saya ada pelawanya untuk buat latihan dan di rumah dan layaninya seperti ahli keluarga.
“Bagi saya apa yang istimewanya pada arwah, kita dah mula rasa sayang padanya. Ibarat seorang adik yang mendengar kata, tak kurang ajar dan sopan santun.
Dia ada karektor yang membuatkan orang senang bersamanya.
“Daripada situlah saya dan isteri anggapnya sebagai adik dan ambil berat terhadapnya,” katanya.
Sufi menambah sebelum membuat persembahan, wajah arwah kelihatan seperti penat.
“Beberapa hari semasa latihan untuk berduet, saya akan tanya khabarnya juga. Cuma sepanjang tempoh tersebut, arwah tunjukan sikap yang kita tak terjangka.
“Misalnya hadir dengan wajah yang penat, tetapi arwah tidak pula cakap dia penat. Pakai baju yang serba putih, nampak ‘glowing’ dan semua itulah. Tidak terfikirpun…
“Antara hari yang saya rasa dia seolah-olah ‘somewhere else’ ialah pada hari Ahad.
“Kami datang awal. Arwah hadir dengan berpakaian serba putih, tapi arwah kelihatan murung.
“Bukan murung macam orang emosi atau yang putus cinta… Saya pun rasa pelik dan tanya keadaannya secara personal. Arwah kata dia okay, cuma penat.
“Saya tidaklah tanya secara terperinci memandangkan saya tahu dia pun buat perniagaan ikan masin dan sebagainya. Arwah punya banyak komitmen tetapi dia tidak berkongsi.
“Cuma apa yang saya tahum, dia sangat rajin,” katanya lagi.
Sufi terdahulu diundang sebagai penyanyi jemputan pada makan konsert #SandraDalamKenangan pada Ahad.
Selain membuat persembahan, bintang asal Singapura ini juga turut berkongsi kisahnya bersama Allahyarham.
Sandra Dianne menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1 pagi pada usia 26 tahun selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...