Sedekad selepas mengarahkan drama terbaik, Pesan Dari Tuhan, penerbit dan pelakon Erma Fatima kembali mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa keping foto yang seolah-olah memberi bayangan dirinya kini kembali ke kerusi pengarah.
Tanpa memperincikan lanjut mengenai projek berkenaan, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, memuat naik foto berada di set penggambaran menerusi Instagram.
Difahamkan, ia merupakan sebuah projek kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.
“Lama tak rasa macam ini (begini),” demikian coret ringkas Erma pada ruang kapsyen.
Perkongsian tersebut memperlihatkan momen di set lokasi yang membabitkan barisan pelakon ‘A-list’ tanah air seperti Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah dan Anna Jobling.
Ads
Dalam hantaran sama, Erma menggunakan audio lagu Islamik, Wahai Pemilik Jiwa dendangan asal Opick.
Selain itu, turut kelihatan dalam perkongsian berkenaan ialah barisan pelakon dari Indonesia seperti Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.
Ads
Sekadar Lepas Rindu
Menurut Erma, dia sebenarnya sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah dan peluang ini digunakan untuk melepaskan rindu dalam menjayakan projek istimewa tersebut.
Ads
“Lepas gian selepas 10 tahun tak direct (mengarah). Saja suka-suka, setakat ini tak tahu lagi mana nak tayang,” katanya.
Untuk rekod, pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu kali terakhir mengarah telefilem menerusi Pesan Dari Tuhan, yang kemudiannya diangkat sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2017.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Wajah anak sulung selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal dikatakan kembali tular di media sosial.
Mengulas perkara tersebut, Neelofa menjelaskan video berkenaan sebenarnya merupakan sebuah konten iklan yang dirakam dua tahun lalu.
Menurut Neelofa, dia sendiri tidak memahami mengapa video tersebut kembali menjadi perbualan ramai sedangkan ia tidak pernah dipadam daripada mana-mana platform media sosial miliknya sejak dimuat naik.
“Itu video dua tahun lepas. Ketika itu Bilal masih kecil lagi. Lagipun, video itu hanya paparkan sipi-sipi sahaja. Kita sedang shoot untuk sebuah iklan kambing perap.
“Saya pun tak tahu kepada video itu viral semula. Video itu memang ada sahaja di akaun Intagram saya. Saya tak pernah padam pun.
“Bila saya tengok video itu kembali viral, saya jadi tertanya-tanya kenapa. Bila isu ini tular, barulah saya tahu sebabnya,” katanya kepada MH.
Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran kempen Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan yang mendakwa Neelofa kini sudah terbuka untuk berkongsi wajah anak-anaknya di media sosial susulan tersebarnya video yang memaparkan sebahagian wajah Bilal.
Mengulas perkara tersebut, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini bagaimanapun menegaskan dirinya masih berpegang teguh dengan pendirian untuk menjaga privasi dan tidak terlalu mendedahkan tentang anak-anaknya kepada umum.
“Sebenarnya saya lebih gembira bila tidak terlalu mendedahkan tentang anak-anak. Ia memberikan ketenangan pada saya. Jadi, orang tak perlu nak komen, banding-bandingkan atau persoalkan cara mereka dibesarkan.
“Saya tak perlu nak dengar pandangan orang di luar sana. Saya akan kekal dengan cara seperti ini sehinggalah mereka besar sedikit. Masa kecil ini, tak perlulah kami tunjuk,” kongsinya lagi.
Tambah Neelofa lagi, meskipun tidak terlalu mendedahkan anak-anak di media sosial, dia menjelaskan kehidupan mereka tetap berjalan seperti kanak-kanak lain apabila berada di luar rumah.
“Jika di luar, kami bagi kebebasan dan tak sorok pun sama ada Abbas atau Bilal. Bila kami keluar, naik kapal terbang, bercuti atau pergi mall, kami juga seperti orang biasa.
“Kalau kita terserempak, anda akan nampaklah mereka. Ada juga yang tak faham situasi kami. Mereka cuba nak ambil gambar tapi kita tegurlah baik-baik. Akhirnya, mereka faham.
“Saya rasa masyarakat pun sudah faham tentang privasi. Walaupun bukan artis, kini ramai ibu bapa yang memilih untuk tidak terlalu dedahkan anak mereka. Saya rasa ini satu perkara yang baik,” ujarnya.
Sementara itu, PU Riz pula memaklumkan dia hanya akan berkongsi perihal anak-anak mereka di media sosial apabila anak-anak sudah bersedia untuk menyampaikan dakwah.
“Kami mungkin akan dedahkan apabila dia sudah mampu menyampaikan dakwah. Tunggulah sehingga dia lancar bercakap. Ada budak yang cepat bercakap.
“Alhamdulillah Bilal sudah boleh bercakap sikit-sikit. Walaupun belum lancar, kita perlahan-lahan dahulu,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 26 Januari lalu, pengacara, Nabil Mahir memaklumkan isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengalami komplikasi pada bahagian jahitan di perutnya.
Menurut Nabil, pengalaman melahirkan anak ketiga merupakan yang paling berat buat Ayda dan ketika ini isterinya sedang melalui proses berpantang.
“Ketika ini, Ayda sedang berpantang. Untuk anak ketiga ini, inilah proses yang Ayda rasa paling sakit untuk melahirkan. Ketika anak pertama dan kedua, dia memang tak rasa apa sangat.
“Dalam bilik bedah pun, matanya berair tanpa henti. Ketika ini, perutnya pula ‘berlubang’ sebab jahitannya terbuka. Jadi, setiap hari, perlu pantau keadaan kesihatannya.
“Bahagian jahitan itu agak bernanah. Selang sehari, kita akan pergi ke hospital untuk bersihkan luka. Saya mohon kalian titipkan doa yang baik buat Ayda,” katanya kepada MH.
Nabil berkata sedemikian ketika ditemui majlis sidang media pelancaran kempen Ramadan dan Raya RTM, baru-baru ini.
Kongsi Nabil lagi, pada awalnya dia merasakan isterinya itu hanya mengalami sakit biasa ibu selepas bersalin. Namun, selepas seminggu, barulah mereka menyedari keadaan tersebut bertambah serius.
“Kami perasan perkara itu selepas seminggu Ayda bersalin. Ayda tak buat apapun, dia hanya berehat di atas katil. Ketika nak alih kaki, tiba-tiba dia dengar bunyi putus.
“Mulanya, kami ingatkan dia sakit biasa sahaja. Keesokannya kami nampak ada ‘leaking’. Ayda memang tak berhenti menangis,” ujarnya.
Dalam masa sama, bekas pengacara program Hlive ini turut memuji Ayda yang sentiasa kuat dan tidak pernah meninggalkan tanggungjawab meskipun ketika sakit.
“Alhamdulillah, Ayda seorang yang sangat kuat. Bila dia mengadu rasa sakit, itu bermakna dia memang betul-betul sakit. Ayda ini sejenis orang yang kalau sakit teruk pun, dia tidak akan makan ubat.
“Selagi boleh tahan, dia akan tahan. Bila dia minta ubat, kita tahu yang dia memang betul tak tahan. Dia masih okay dan boleh tersenyum. Tetap juga menjaga anak-anak walaupun sedang sakit,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Nabil akui dia tidak mempunyai masalah untuk berjaga malam demi menjaga anak kecil kerana sudah terbiasa dengan jadual kerja yang tidak menentu sebelum ini.
“Melalui pengalaman anak pertama dan kedua, beza kelahiran mereka semua adalah dua tahun sahaja. Jadi, rentak itu masih ada kerana jarak usia mereka tidak begitu jauh.
“Bila nak menukar lampin atau berjaga malam, saya jadi sudah terbiasa. Lagipun, bekerja dalam bidang produksi ini, tidur kita pun memang tak menentu.
“Secara tidak langsung, ia turut membantu saya untuk menjaga anak yang masih kecil. Badan memang sudah bersedia,” akhirinya.
Sekadar informasi, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan kini mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sokongan daripada barisan selebriti terkenal tanah air menjadi pembuka tirai kemeriahan bufet Ramadan anjuran Hotel Tenera & Suites pada 24 Februari lalu.
Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Datin Alyah, Baby Shima, Zaki Yamani dan Adam AF. Malah ada di antara mereka yang sudi membuat persembahan, menghiburkan tetamu.
Malah kehadiran mereka bukan sekadar meraikan juadah berbuka puasa, sebaliknya bagi menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan konsep Environmental, Social and Governance (ESG) yang diperkenalkan hotel berkenaan sepanjang Ramadan ini.
Bagi Baby Shima, dia menyokong penuh inisiatif ESG yang dilaksanakan demi kebaikan semua pihak.
“Saya rasa usaha sebegini sangat bagus kerana dalam bulan Ramadan, kita memang kena lebih sedar tentang pembaziran makanan.
“Kadang-kadang kita ambil lebih daripada yang mampu dihabiskan. Bila hotel sendiri ambil langkah untuk kawal dan didik pelanggan, itu sesuatu yang patut dipuji dan dicontohi.
“Pendekatan ESG yang diperkenalkan Hotel Teneradalam bufet Ramadan tahun ini membuktikan bahawa kemeriahan berbuka puasa boleh diraikan tanpa mengorbankan kelestarian alam,” katanya.
Sementara itu, Datin Alyah turut menyifatkan pelaksanaan ESG sebagai langkah progresif dalam industri perhotelan.
“Saya percaya kesedaran tentang kelestarian alam perlu bermula dari semua pihak termasuk industri hospitaliti.
“Apa yang dilakukan ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar, tetapi juga mendidik masyarakat supaya lebih berhemah ketika berbuka puasa,” ujarnya.
Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera & Suites, Fadzly Hamzah, penglibatan selebriti memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat.
“Alhamdulillah, ramai artis turut hadir meraikan bufet Ramadan kamiuntuk menyokong pelaksanaan ESG yang kami buat.
“Penglibatan selebriti ini penting kerana ia boleh meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap amalan pengambilan makanan secara sederhana dan bertanggungjawab.
“Bukan itu sahaja, menerusi sokongan artis, masyarakat lebih terbuka melihat Hotel Tenerasebagai organisasi yang bukan sahaja mementingkan keuntungan, tetapi turut menitikberatkan kesejahteraan komuniti dan alam sekitar,” katanya.
Bersempena Ramadan tahun ini, Hotel Tenera & Suites turut tampil dengan pendekatan berbeza apabila melaksanakan konsep ESG dalam penganjuran bufet Ramadan mereka, sekali gus menegaskan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta tanggungjawab sosial.
Mengangkat konsep Serantau Desa, Citarasa Mendunia, bufet Ramadan kali ini mengetengahkan hidangan tradisional dari Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Dalam masa sama, pihak hotel juga menekankan prinsip sifar pembaziran sepanjang bulan mulia ini sebagai selari dengan nilai kesederhanaan dan keprihatinan yang dituntut Ramadan.
Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk kawalan penyediaan makanan secara berperingkat, pengurusan sisa makanan yang lebih sistematik, penggunaan bahan mesra alam serta galakan kepada tetamu agar mengambil makanan secara berhemah.
Dari segi sajian, tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu istimewa seperti Dhalca Lutut Kambing, Gulai Kawah Raja Berangkat, Lidah Bakar, Sup Gear Box, Gulai Padang Urat Kering, Pecel Sayur serta Nasi Khao Mok Kambing Panggang dan banyak lagi.
Secara keseluruhan, konsep Serantau Desa, Citarasa Mendunia ini melengkapkan pendekatan ESG yang dibawa, apabila hidangan disediakan secara terkawal bagi mengelakkan pembaziran tanpa menjejaskan variasi menu yang memikat selera.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur malam tadi bukan sahaja bergema dengan persembahan hebat penyanyi Shila Amzah, malah turut menjadi pentas penuh emosi yang...