Mungkin ada yang sudah sedia maklum, pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim kini sedang menjalani hukuman di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, atas kesalahan memiliki dadah sejak tiga tahun lalu.
Mengambil inisiatif bagi membantu Benjy sejak lebih dua tahun lalu, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ingin ketahui keadaan terkini anak bintang veteran, Allahyarham Azean Irdawaty itu mengenangkan dia menjalani hukuman di negara orang.
Sebelum ini, pada Disember 2018, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi menerusi Berita Harian ada melaporkan dirinya pernah melawat Benjy dan kali terakhirSENIMAN bertemunya April tahun lalu.
Bagaimanapun, niat mereka untuk sekali lagi menjenguk pelakon tersebut bagi memberi sokongan moral tidak kesampaian akibat penularan COVID-19.
“Malangnya, tahun ini, kami tidak dapat pergi ke Medan kerana pandemik COVID-19.
“Bagaimanapun, tidak bermakna kami melupakan Benjy. Kami masih mengambil berat dan risau dengan keadaannya. Apatah lagi Benjy ditahan di penjara di luar negara, pasti ada cabaran tersendiri.
Ads
“Ketika saya bertemu Benjy pada 2018, saya lihat dia mengalami masalah kesihatan. Benjy menghidap penyakit asma yang kritikal dan batuk tanpa henti.
“Sama juga keadaannya ketika Hafiz melawat Benjy, April tahun lalu. Benjy beritahu penyakit asma yang dihidapinya masih teruk.
“Ketika itu, apa yang lebih merisaukan kami adalah apabila mendapat tahu, Benjy menghubungi rakan-rakan artis di Malaysia meminta tolong,” kata Zed Zaidi seperti yang dipetik.
Ads
Dia turut menjelaskan, aduan itu dikemukakan rakan artis yang prihatin dengan nasib menimpa Benjy mendorong SENIMAN untuk mengambil inisiatif tersendiri.
Pihak SENIMAN telah pun melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy sejak dua tahun lalu, bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai agar bantuan dapat disalurkan kepadanya.
Malah, SENIMAN turut menganjurkan program larian, Seniman Run 2.0, Februari tahun lalu khusus bagi mengumpul dana untuk ahli SENIMAN yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan seperti Benjy.
Ads
Imbas kembali, Benjy ditahan pada April 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.
Benjy disyaki memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.
Lalu pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Malam tadi, telah berlangsungnya majlis resepsi khas buat rakan selebriti dari pasangan sama cantik sama padan, Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar.
Majlis yang dilangsungkan dengan penuh meriah di PICC, Putrajaya itu menyaksikan pasangan mempelai mengenakan baju ilham pereka kesayangan Elfira, Rizman Ruzaini.
Selain majlis yang diraikan, mata peminat turut tertumpu kepada rakan selebriti yang turut bersama-sama mengisi masa bagi meraikan Elfira Loy dan suami bersempena hari bersejarah keduanya.
Jom, ikuti beberapa barisan selebriti yang turut hadir, menambah seri buat majlis resepsi Elfira.
Malaysia mencatat korban pertama wabak Covid-19 melibatkan seorang paderi di Kuching, Sarawak, hari ini.
Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya mengesahkan, mangsa berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Umum Kuching, 11 pagi tadi seperti yang dipetik Sinar Harian.
Berita selanjutnya akan menyusul
Sumber/Foto: Sinar Harian/Gambar Hiasan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal malam tadi, pelakon Reza Hasbi ada berkongsi dua rakaman video yang merakamkan salah faham yang berlaku di antara dirinya bersama seorang pengawal keselamatan. Kejadian dipercayai perlaku di kawasan parkir sebuah hospital.
Difahamkan, kereta pelakon berkenaan telah dibaling penghadang jalan oleh seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan pada Isnin.
Menurut Reza, kejadian tersebut berlaku berpunca dirinya yang telah meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
Menyedari akan kesalahan yang telah dibuat, Reza bertindak ingin mengubah keretanya ke lokasi lain bagaimanapun dia telah dimarahi dan ditengking hingga berlaku pergaduhan.
“KEJADIAN INI BERLAKU MALAM TADI 15/7/2019 Saya harap apa yg berlaku ini boleh memberi pangajaran pada kita semua.
“Report polis sudah saya buat disbbkan selepas rakaman saya itu terhenti berlaku pergaduhkan fizikal antara saya dgn dia kerna sering kali memprovakasi saya atau mencabar kesabaran saya.
“Rakaman yg saya buat ni selepas dia membaling penghadang jalan dibelakang kereta saya…,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, Reza turut berkongsi foto salinan laporan polis yang telah dibuat.
Membawakan watak sebagai suami yang sering dibuli dan penyabar di dalam drama terbaharu, ‘Dia Imamku’, pelakon Kamal Adli menyifatkan peranan yang dibawa memberikan impak besar dalam kehidupan realitinya.