Bakal bersiaran 11 Oktober depan, program hiburan realiti Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) dihangatkan dengan penyertaan barisan penyanyi berpengalaman yang bukan calang-calang.

Mengangkat tagline ‘Mara Suara Membara’ untuk edisi terkini, GV7 bakal dianjur mengikut SOP.

Disertai oleh 14 peserta, ini dia barisan peserta GV musim terbaru yang dahulunya pernah memeriahkan dunia seni tanah air.

Enam peserta solo lelaki yang bersaing ialah vokalis kumpulan May iaitu Mus, bekas vokalis May dan Rusty Blade, Yantzen.

IKLAN

Turut berada di dalam senarai ialah Cliff Umar Aju, Oja dan Nomad.

Sementara senarai penyanyi solo wanita yang bakal mewarnai musim ini ialah Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira dan Haslinda.

IKLAN

Manakala dua buah kumpulan yang turut sama akan menyahut cabaran ialah Indigo dan Eva.

IKLAN

GV7 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.

Terdahulu, penyanyi Ayai Ilusi yang bersaing di GV musim pertama, Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5) serta Naqiu dan Hady Mirza (GV6) telah dinobatkan sebagai juara.

Konsert mingguan GV7 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI