Pengarah, Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof yang juga merupakan pengarah filem Munafik 2 telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang telah melanggar hakcipta filem tersebut.

Susulan itu, hari ini telah ditetapkan pendengaran bagi Writ Saman dan Penyataan Tuntutan mereka terhadap Defendan, Muhammad Izwan Shah Bin Kamal Shah yang telah difailkan pada Oktober lalu.

[GAMBAR] Individu Muat Naik Munafik 2 Tanpa Keizinan : Writ Saman & Penyataan Tuntutan filem Munafik 2

“Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000-00 kepada Plaintif-Plaintif, dan Defendan dihalang daripada melanggar hakcipta Plaintif-Plaintif untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dan mana-mana bahagian daripada filemtersebut, dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan Plaintif-Plaintif.

“Sekiranya Defendan melanggar mana-mana perintah yang telah direkodkan,Defendan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-dua sekali kerana dianggap sebagai menghina Mahkamah,” tulis kenyataan tersebut.

Sebelum ini, pihak Skop Productions Sdn Bhd telah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut disamping satu guaman sivil dan permohonan injuksi turut difailkan terhadap pihak yang terbabit.

IKLAN

[GAMBAR] Individu Muat Naik Munafik 2 Tanpa Keizinan : Writ Saman & Penyataan Tuntutan filem Munafik 2

Jika disabit kesalahan, pihak terbabit boleh dituduh di bawah kesalahan Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987, kerana memiliki salinan karya-karya hakcipta yang telah dibuat dan/atau diterbitkan semula tanpa pemberikuasaan, persetujuaan atau kebenaran oleh pemilik hak cipta.

[GAMBAR] Individu Muat Naik Munafik 2 Tanpa Keizinan : Writ Saman & Penyataan Tuntutan filem Munafik 2
Jika terbukti bahawa rakaman yang digunakan oleh pihak tersebut telah melanggar hak cipta pemilik filem,hukuman maksimum bagi kesalahan tersebut ialah denda tidak lebih daripada RM 20,00000 bagi setiap salinan atau penjara bagi tempoh tidak kurang 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

IKLAN

[GAMBAR] Individu Muat Naik Munafik 2 Tanpa Keizinan : Writ Saman & Penyataan Tuntutan filem Munafik 2

Selain Datuk Yusof dan Syamsul, turut hadir bersama ke Mahkamah Tinggi Taiping adalah kru produksi Skop Productions.

[GAMBAR] Individu Muat Naik Munafik 2 Tanpa Keizinan : Writ Saman & Penyataan Tuntutan filem Munafik 2

IKLAN

Sementara itu, Syamsul Yusof juga turut berkongsi satu video mengenai perkara itu di laman Instagramnya.

“Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions.

“Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social,” katanya.

https://www.instagram.com/p/BqGwpjcHy7Y/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI