Selamat disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan pada petang Khamis, penyanyi Aiman Tino menzahirkan perasaan syukur apabila semua perancangan berjalan lancar.
Menurut Aiman atau nama sebenar, Muhammad Aiman Yusri, 25, dia memilih tarikh 27 April untuk disatukan dengan isteri, Che Syarah Haifa Che Isa, 24, adalah sebagai simbolik kepada angka 27 yang juga merupakan tarikh lahirnya.
“Saya rasa lega dah sah bergelar suami dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
“Saya pilih tarikh 27hb sebab angka 27 itu istimewa buat saya sebab ia merupakan tarikh lahir saya, cumanya ia pada 27 Jun.
“Jadi kami awalkan nikah pada bulan April,” kata Aiman kepada MH.
Berkongsi lanjut mengenai kriteria yang membuatkan hatinya terpikat pada Syarah, Aiman berkata keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin Syarah adalah jodoh yang dicari selama ini.
Ads
“Luaran dia memang cantik di mata saya, keselesaan dan keserasian dengan cara kami berbual, berfikir.. kami senang masuk.
“Perkara itu buatkan saya lebih senang untuk lebih mengenali diri dia. Saya percaya pilihan saya tepat dan Syarah adalah jodoh saya,” kata Aiman.
Sementara itu, Syarah pula menyifatkan sikap sentiasa mengambil berat dan penyayang Aiman membuatkan dirinya ‘cair’ dengan penyanyi tersebut.
“Aiman tak romantik, tapi dia seorang yang caring. Bila dia macam tu, saya rasa sentiasa disayangi.
Ads
“Sikap caring macam tu, bukan semua orang boleh bagi pada kita,” katanya lagi.
Bercakap mengenai perancangan berbulan madu, pasangan ini memilih sebuah destinasi di luar negara yang tidak mahu didedahkan terlebih dahulu.
“Kami dah rancang akan berbulan madu di luar negara. Tapi benda ini kena hold dulu sebab sebaik selesai bernikah, masih banyak lagi kerja yang perlu saya selesaikan.
“Hanya selepas habis penggambaran baharu kami akan berbulan madu.
Ads
“Kalau bercakap soal anak, saya idamkan empat orang cahaya mata manakala isteri dia mahukan enam orang anak sebab dia anak keenam daripada tujuh beradik.
“Saya pula anak keempat daripada 11 beradik, tidaklah saya mahu bersaing dengan ibu bapa saya,” kata Aiman berseloroh.
Terdahulu, pasangan ini selamat ijabkabulkan pada jam 5.41 petang Khamis di The Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM5,000 beserta seutas gelang emas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian berjudul Sabarlah Duhai Hati yang bersiaran di slot Akasia, TV3 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi.
Pelakon utamanya, Saharul Ridzwan yang mendukung watak sebagai Affan menitipkan ucapan terima kepada semua yang setia menonton drama bersiri terbitan Suhan Movies itu.
Sambil memanjat rasa syukur, Saharul atau nama lengkapnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan terhadap lakonannya menerusi drama berkenaan.
“Alhamdulillah. Terima kasih utk 35 hari anda bersama Sabarlah Duhai Hati. Yang kurang yang tak sampai, saya minta maaf,” tulisnya.
Aktor berusia 32 tahun juga berharap agar penonton mendapat mesej baik yang ingin disampaikan sepanjang ia bersiaran.
“Semoga ada kebaikan yang dapat disampaikan. InShaaAllah, ada rezeki yang baik, kita bertemu lagi. Amin Ya Allah! Salam PKP 3.0 Jaga Diri,” tulisnya.
Sabarlah Duhai Hati turut dibintangi pelakon Amyra Rosli di samping Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Izzue Islam, Datin Fadilah Mansor dan ramai lagi.
Foto: Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor melakukan inisiatif sendiri dengan bersedekah kepada golongan pelajar sekolah atau golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sekiranya mereka ada menempah perkhidmatan e-hailing yang dilakukannya ketika ini.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 44, selain mencari rezeki halal, tidak salah baginya untuk memberikan sumbangan dengan cara yang tersendiri.
“Kadangkala ada golongan pelajar sekolah yang naik kereta saya mahu ke perpustakaan dan sebagainya. Apabila nak bayar, saya suruh dia simpan wang dan beritahu saya niat sedekah dan minta mereka belajar rajin-rajin.
“Begitu juga kalau penumpang dari golongan OKU, saya takkan ambil wang kerana bersimpati dengan keadaan mereka. Yang penting ialah doakan saya murah rezeki. Itu pun sudah cukup,” katanya, petik Harian Metro.
Danny mulai melakukan perkhidmatan e-hailing sejak 2017 lalu.
Tambahnya lagi, dia senang dengan apa yang dilakukan sekarang selain percaya kepada rezeki.
“Saya tak rasa ‘stress’ memandu. Ia ibarat terapi juga pada saya kerana saya boleh kenal lebih ramai orang. Tak dinafikan mulanya buat sekadar suka-suka, kemudian tengok rezeki pendapatan macam alhamdulillah.
“Ramai juga jumpa kawan-kawan artis yang tiada kerja dan saya cadangkan buatlah e-hailing. Mungkin ada yang malu dan ada sesetengah tiada kereta sendiri. Petuanya mudah sahaja. Kalau rajin semua benda boleh jadi.
“Sekarang, boleh katakan kalau ada tawaran berlakon pun, saya lebih pilih buat e-hailing. Pendapatan bergantung atas diri kita. Kena tahu masa yang sesuai,” katanya lagi.
Bagaimanapun, sama seperti pekerjaan lain, setiap pendapatan itu ada naik dan turunnya.
“Bagi saya, apabila bawa kereta keluar, setiap minit adalah duit. Kalau hari ini dapat RM10, setakat itu sahaja rezeki. Kalau esok dapat lebih pun, rezeki kita juga.
“Yang penting saya gembira, ambil orang dan turunkan orang. Tak perlu jumpa kawan-kawan untuk dengar masalah. Yang penting penumpang selamat sampai ke destinasi.
“Apapun saya kena pastikan cukup rehat. Hari-hari duit dalam dompet tak kosong untuk berbelanja. Kadangkala ada sasaran untuk bayar contohnya pelbagai bil dalam bulan tertentu.
“Jadi saya tetapkan beberapa hari untuk bekerja bagi dapatkan jumlah yang dikehendaki,” katanya yang akan mengambil alih tugas menjaga anak apabila isterinya bertugas di awan biru sebagai pramugari.
Dalam pada itu selain memandu e-hailing, Danny turut bekerja sebagai penerbit penyelaras dan pengurus produksi di Double Channel Sdn Bhd milik pelakon Syed Aiman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja memuat naik sekeping foto bersama beberapa teman rapat di laman Instagram, pelakon Intan Ladyana dilihat turut isi masa bersama rakan artis, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ialah penampilan pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu yang berhijab menarik mata netizen.
Rata-ratanya mahu mengetahui status penampilan terkini bintang cantik itu, lebih-lebih lagi selepas pulang dari mengerjakan umrah.
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...