Pengacara dan pelakon, Hazman Al-Idrus sah menjadi suami kepada pengacara Tiaz Al-Khred pada tarikh istimewa, 2 Februari 2020.
Pasangan ini memilih majlis bertemakan Arabian untuk majlis pernikahan dan resepsi.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya secara sah menjadi suami kepada @tiaz_alkhred,” tulisnya beserta tanda palang #HazTiaz @haztiaz_official beserta kredit.
Lalu, perkongsian bapa kepada dua orang cahaya mata itu telah menjadi perhatian peminat.
Selain itu, peminat mendoakan agar rumah tangga yang dibina oleh Sam kekal harmoni selamanya.
Sekadar informasi, Sam mendirikan rumah tangga bersama Syatilla pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.
Gambar: Instagram Shaheizy Sam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Diana Amir kesal dengan tindakan seorang usahawan kontroversi yang didakwa bertelekung selain dilihat memasuki tempat solat wanita.
Diana yang baru sahaja pulang ke Tanah Suci baru-baru ini turut meluahkan pendapatnya di Instagram.
“Haritu Diana dah share video di Mekah, yang ni di Madinah , cuma part last Khadija syahadah tu kat Mekah #throwback.
“Happy tgk sahabat2 pergi menunaikan umrah.. semua yg mereka share, feeling taknak balik, jadi peniagakurma pun jadila, rasa berat hati nak tinggalkan Madinah, nak tinggalkan Rasulullah SAW dan tak dapat selalu iktiqaf di masjid2 nya, syukur yg amat walau banyak berdosa Allah kurniakan nikmat yang sangat banyak, tapi masihlagi Allah jemput sebagai tetamuNya, semua tu apa yg saya, dan sy percaya ramai lagi yg jejakkan kaki ke tanah Haram rasa, dan kini rindukan
“Semoga umrah saudara2 menjadi asbab untuk dilembutkan hati kembalike jalanNya.. Allah Maha Pengasih dan menunggu2 taubat hamba2Nya
“Ada rasa marah, menangis bila berita kesucian Masjidil Haram dipemainkan mcm tu, tapi mungkin ini petunjukuntuk kita lebih menjaga agama, dalam diri kita sendiri juga,” tulisnya.
Terdahulu, Diana menunaikan umrah bersama dua orang anaknya tanpa kehadiran suami.
“Ada yang cakap visa pelancong ditarik balik, tapi Diana tanya pihak @zuhudholiday , diorg kata boleh lagi.
“Saudari2 yang nak pergi umrah tanpa mahram, baik disegerakan, takut jadi mcm saya sebelum ni, hampir 7 tahun tunggu untuk umrah tanpa mahram..
“Apa pun siapa yang direzekikan ke sana ialah tetamu Allah.. Ambil dan rebut peluang untuk berbuat amal. Bersederhana dan kembalilah pada fitrah.
“Doakan kesihatan iman saudara2 kita, dan doakan dunia yang semakin parah dengan kesongsangannya .
“Kalaulah Rasulullah ada dihadapan kita dan sedang melihat.. 😢
“Bukan dilihat pada mulanya kehidupan seseorang, tapi pada pengakhiran.. masih ada peluang untuk kembali selagi masih bernyawa 💙 semoga Husnul Khatimah untuk kita.. Amin!,”akhirinya.
Difahamkan, usahawan tersebut telah dibawa keluar dari Tanah Suci setelah tersebar gambar yang dikongsikannya memakai telekung dan dilihat seperti seorang perempuan ketika sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga dikatakan akan membuat pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) petang ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status jantina usahawan berkenaan.
Video: Instagram Diana Amir,Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ada memberikan reaksi apabila ada pengguna media sosial yang bertanya mengenai hukum faraid, sebagaimana yang heboh diceritakan ketika ini.
Layangan soalan tersebut diterima lalu dijawabnya menerusi Twitter, awal semalam.
“Kami yakin pihak keluarga sedang mengusahakan yang terbaik.
”Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini,” tulis Zulkifli.
Kami yakin pihak keluarga sedang mengusahakan yang terbaik. Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini. https://t.co/OnldBMHJZd
Sementara itu, Zulkifli turut membuat satu lagi reaksi, dipercayai sebagai memberi pandangan terhadap isu tular yang berlaku sejak beberapa hari lalu melibatkan soal pengurusan harta.
“Secara umumnya nasihat saya, bawalah berbincang dgn penuh kasih sayang sebagai satu keluarga,” tulisnya.
Secara umumnya nasihat saya, bawalah berbincang dgn penuh kasih sayang sebagai satu keluarga.
Komposer dan penerbit muzik prolifik, Ajai, tidak berkecil hati dengan kritikan segelintir pihak terhadap lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang dikatakan tidak mampu menandingi versi asal.