Sempena ujibakat program Hero Remaja yang diadakan sejak semalam, pendakwah selebriti dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Riz berkongsi hasrat hatinya yang pernah bercita-cita untuk menyertai program tersebut.
Bagaimanapun, Riz atau nama penuhya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi pengalaman apabila dirinya ke sisi lain untuk menyertai program Pencetus Ummah musim keempat.
“Ni saja lah nak cerita pasal Hero Remaja.
“Sebenarnya, memang hasrat hati aku nak masuk Hero Remaja dari dulu.
“Tapi ter-masuk Pencetus Ummah, walaupun dah bertahun-tahun simpan hasrat hati, tahun ni nak cuba,”tulisnya apabila melayangkan status di Twitter.
Ads
Riz yang pernah membintangi drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mahu mencuba nasib tahun ini, namun tidak menepati syarat kerana faktor usia.
“Aku tahun ni 24, rasa mcm bolehlah nak cuba, tapi hampeh bila tengok syarat dia (2020 umur 24) bertakung air mata melihatnya.
“Tapi takpelah aku yakin dengan ketentuan Allah.Semoga aku diberi peluang yg banyak lagi di masa depan & dimurahkan rezeki.amiin,”kongsinya.
Ads
Menerusi ruangan komen,rata-rata telah memberikan pendapat masing-masing dan mendoakan agar anak kelahiran Selangor itu sentiasa dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang yang diceburi.
Menerusi laman Instagram miliknya, Memey Suhaiza berkongsi berita gembira apabila diangkat sebagai Ikon Penyusuan 2020 menggantikan Tya Ariffin.
Jelasnya, dia terharu dengan pengiktirafan yang diterima dan menyatakan keterujaan sementelah telah menyusukan anak secara eksklusif daripada tahun 2013 sehingga kini.
“Assalammualaikum…
Salam jumaat ❤
Semoga hari ni hari yg baik utk kita semua
Mummy nak share berita gembira..
Sbb mummy excited… beberapa hari lepas mummy dapat Dm & whatsapp yg mengatakan lantik mummy sebagai ikon penyusuan 2020.
“Rasa terharu n teruja sbb saya adalah ibu yg memperjuangkan Bf anak secara exclusive…
Alhamdulillah…dgn izin Allah… rezeki anak 3..
Terima kasih sgt .. sgt sy hargai utk perlantikan ini…
Saya dah melalui journey Bf ni dari 2013 sampailah sekarang… tanpa henti,bermula awishz,kikim & now mikayla.
“All the best utk ibu2 bf & bakal2 ibu…
Yg paling penting kunci utama adalah set minda kita utk sentiasa POSITIF..
Byk dugaan & cabarannya.. tapi klu kita kekal positif.. inshaAllah kita boleh,” tulisnya.
Norman Hakim bagaimanapun di ruang komen memberikan reaksi yang mencuit hati netizen.
“Alhamdulillah huaaaa..tahniah cayangku!🤗U deserved it!!👏🏻👏🏻👏🏻Diorang tak nak lantik abg sekali ke?,” ulasnya.
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 6, danMuhammad Dikhriz Hakim, 4 dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha, 1 tahun.
Foto : Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Irma Hasmie mengakui merancang keluarga memandangkan jarak di antara permata hati sulung dan bongsu agak rapat sewaktu dilahirkan.
Jelasnya kepada MH, dirinya mengandungkan anak kedua ketika bayi pertamanya baru mencecah usia lapan bulan.
“Saya dan suami merancang selepas kelahiran kedua ini. Sebabnya selepas dikurniakan cahaya mata sulung, Allah berikan rezeki dapat anak kedua pula. Bagaimanapun, jarak mereka terlalu rapat.
“Saya mengandungkan anak kedua ketika usia anak sulung baru cecah lapan bulan. Kini yang kedua sudah cecah empat tahun.
“Apa pun saya teringin juga sebenarnya untuk hamil lagi. Bila tengok bayi, perasaan itu rasa macam… Nak tambah lagi, tak kan dua orang sahaja kan. Saya tidak kisah berapa cahaya mata, semuanya atas rezekiNya.
“Tapi niat di hati itu memang rasa mahu cahaya mata lagi,” katanya yang kini bahagia di samping suami serta dua cahaya mata, Redza Syah Irfhan, 6, dan Irma Nur Naylie, 5 tahun.
Irma dan suaminya, Redza Syah Azmeer Radzuan mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012.
Dalam perkembangan lain, Irma kini kerap diundang untuk memberikan ceramah selain berkongsi mengenai penampilan dan imej diri.
“Saya sudah hampir setahun ambil kursus penasihat kecantikan secara profesional dan ia diiktiraf. Sejak itu saya banyak ambil slot memberi ceramah dan latihan di organisasi dan syarikat atau kepada umum atas jemputan.
“Sebelum ini saya kerap dipelawa berikan ceramah selain berkongsi mengenai penampilan terbaik sebagai wanita muslimah misalnya. Pada masa sama, ada juga yang bertanya mengenai tips kecantikan, komunikasi selain tutorial hijab.
“Jadi daripada saya berikan perkongsian berdasarkan kepada pengalaman semata, mengapa tidak untuk saya dapatkan ilmu seterusnya kongsinya bersama umum. Sebab itulah saya mulai belajar secara serius berkaitan hal tersebut.
“Sekarang rasa lebih yakin dan jelas mengenai apa yang ingin saya kongsikan. Tidak hanya berkaitan dengan pengalaman sahaja, tetapi pengetahuan ilmu itu sendiri,” katanya yang sudah pun memulakan sesi berkenaan sebulan selepas tamat latihan.
Selain memberi perkongsian secara sendirian, ada ketika ia turut berpasangan dengan rakan artis, Heliza Helmimemandangkan bintang berkenaan turut mempunyai sijil dan kelayakan.
Ditanya mengenai sisi kerjaya seninya pula, bintang Hooperz ini mengakui perasaan rindu untuk kembali ke set tetap ada, cumanya ia bergantung kepada situasi dan kekangan komitmen.
“Untuk berlakon itu, rasanya sekarang keutamaan saya adalah pada keluarga. Apabila menguruskan rumah tangga dan anak-anak secara sepenuh masa, komitmen untuk lakonan itu juga perlu diambil kira.
“Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk mengacara sahaja. Apa pun, kita tak tahu apa yang berlaku pada masa depan, insyaAllah bila semuanya sudah tersusun barulah boleh fikir untuk kembali ke set,” maklum Irma yang kali terakhir berlakon kira-kira tiga tahun lalu.
Terdahulu, Irma ditemui pada majlis ramah mesra anjuran Pa&Ma disamping meraikan kerjasama majalah berkenaan bersama SNS Products Sdn Bhd yang melancarkan produk terkininya iaitu ‘mifold Family’ di Malaysia di The Pearl, Kuala Lumpur.
‘Mifold Family’ terdiri daripada tiga jenis kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu mifold, mifold Sport dan hifold di mana ianya sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan 15kg ke atas.
Majlis yang berkonsepkan high-tea juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Lebih 80 orang ibu bapa telah menghadiri majlis ini termasuk selebriti popular.
Seiring dengan pengumuman oleh pihak kerajaan berkenaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diwajibkan menjelang 2020, pihak SNS Products Sdn Bhd sangat bebesar hati bekerjasama dengan Pa&Ma dalam memperkenalkan jenama tersebut di Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon cantik, Anzalna Nasir ada berkongsi satu rakaman video pendek menerusi Instagram miliknya awal semalam yang nyata mengundang perhatian netizen.
Bintang Dendam Aurora itu dirakam sedang membantu sebuah keluarga dalam meringankan beban dalam hal keperluan anak kecil.
Tiada niat menunjuk, akan tetap apa yang dilakukan diharap dapat dimanfaatkan buat semua semua, seterusnya turut sama membantu golongan memerlukan.
“Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil. Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni.
“@the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga. Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan. InsyaAllah akan teruskan usaha ini.
“Sebelum upload video ni dah minta kebenaran dari keluarga ni. Watch full video on my youtube channel,” tulisnya sambil turut disertakan dengan kredit semua yang terlibat dalam sesi berkenaan.
Menerusi rakaman video tersebut, Anzalna yang turut ditemani kakaknya, Diana Nasir dilihat membantu agihkan barang keperluan si kecil terhadap sebuah keluarga yang baru sahaja timang cahaya mata.
Anzalna yang turut mempunyai anak kecil, Eidrees yang dilahirkan 31 Mei lalu mendirikan ruman tangga dengan suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Zaki Yamani mendedahkan bapanya yang juga Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, turut mengikuti perkembangan mengenai gosip yang mengaitkannya dengan rakan artis, Azeva Natassha.