Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali menerusi Instagram arwah ada memberikan dedikasinya buat suaminya yang kini genap sebulan pergi buat selamanya.
Sambil menyatakan setiap yang hidup pasti menemui kematian, Hidayah turut menyatakan adalah lebih baik mendoakan pasangan yang ditakdirkan pergi lebih dahulu.
“Setiap yang hidup, pasti akan mati.” Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T buat Allahyarham suamiku yang tercintaaa hari ni genap sebulan abang meninggal kan kami semua.. AL-FATIHAH (dibaca) Syed Umar Mokhtar,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Ads
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal di kediamannya pada pagi 10 Februari lalu.
Abam dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.
Ads
Terdahulu, Hidayah turut mengumumkan dirinya kini mengawal selia akaun Instagram Allahyarham dan berjanji untuk berkongsi perihal perkembangan terkini anak tunggal mereka.
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada mengambil inisitiaf dengan menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada petugas kesihatan dan kecemasan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Menerusi Instagram, Ebit ada berkongsi sedutan video bermula pembelian hingga agihan.
Kongsinya, sambil menasihati agar warga Malaysia kekal berada di kediaman masing-masing, Ebit turutmenyatakan rasa sayang serta sayunya apabila mendengar mengenai pengorbanan mereka saat menghadapi situasi kini.
“Pergi beli kfc belanja staf hospital sg buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan disini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu jer tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan covid 19.
“Saya yang tengok kaunter depan tu jer dah berdebar. Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya. Walau mereka juga pasti risau takut macam-macam fikir.
“Mereka akan berusaha sehabisnya untuk menjaga diri dengan mask dan pakaian khasnya. Dan meletakkan keyakinan dan penyerahan pada Allah. Itulah ubat pejuang seperti mereka. Buat orang ramai satu jer ubat ya sekarang..duduk dirumah. Kuarantin diri masing-masing dekat rumah. 2minggu ni terus jangan keluar kecuali kecemasan dan tanggungjawab.
“Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang diicu selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak virus covid 19 di seluruh Malaysia dan dunia ya Allah. PertubuhanKasihUmatMalaysia
Pelakon Saharul Ridzwan menanam impian dan hajat untuk melengkapkan rukun Islam kelima dengan menunaikan ibadah haji sebelum usianya menjejak 35 tahun.
Pelakon berusia 31 tahun ini turut memohon pandangan netizen mengenai menunaikan haji dalam usia muda.
“Tunaikan Haji di usia muda, apa pendapat korang?
“Hajat di hati sy sebelum umur 35 tahun ni dijemput dan diizinkan Allah utk tunaikan Haji, melengkapkan rukun Islam yang ke-5 . Aminn Ya Rabb,” tulisnya.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.