Betapa besarnya kasih dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Meski cekal dan tabah dengan dugaan kehidupan, namun jauh di sudut hati penyampai radio Issey Fazlisham masih terkesan bila ibu tercinta pergi buat selamanya.
Terbaru, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut, Issey telah berkongsi kisah hidupnya selepas arwah ibu meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
Ads
“Aku tak pernah post video ni di ig aku. Aku tak kuat. Hari ni genap 2 bulan dia pergi. 2 bulan aku dah tak dengar suara dia.Ma. I miss u,” tulisnya.
Pelakon Ozlynn menyifatkan setiap individu mempunyai hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia.
Kongsinya bersempena Hari Malaysia semalam, sebagai negara yang sudah mencapai kemerdekaan,sewajarnya mereka bertindak positif dan saling membimbing generasi ke arah lebih maju.
“Selamat hari Malaysia…WE ARE MALAYSIAN.. Yes betul dan paling tepat.. kdg ada yg dok kecam bangsa lain sb depa dok pikiaq depa melayu.
“Kena ingat.. ramai kawin campoq la nih.. dlm darah anak2 kami .. ada darah british, darah cina, darah bugis, jawa, banjar dan ada sedara mara yg kawin india..
“So stop la berkira pasal bangsa nih.. patut sesama bantu membimbing generasi akan dtg utk bersatu padu.
“Hormat menghormati setiap agama.. jgn dok ajar bebdk naik semangat membenci bangsa lain.. nasihat nih bkn saja utk MELAYU!! Tp utk bangsa lain jugak.
“Sebab rata2 followers kami ada je india cina mix blood, agama lain2… kdg dok se”table” dgn org2 kan,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada lima orang anak ini akui mempunyai banyak ‘darah campuran’.
“Depa sembang dok kecam2 maki cina.. kami pon terasa jugak sb mak kami cina, kdg lepas depa dok maki2 tu kami selit je.. uishhh sian mak aku.. dia cina tau.. berubah plak muka kau!!
“Pastu nak tarik balik kata2 tu dh terlambat.. sebab tu yg terbaik, kalau xde kata2 yg baik nk keluar dari mulut ko.. diam jek..
“Arwah atok sedara kami india, Moyang kami british.. So xyah dok pertikaikan bangsa n agama..
“Kita ttp satu rumpun..berkongsi bumi Allah.. lek lek je bhai.. yg buruk adalah sikap manusia itu sendiri, bukan agama atau bangsa.. jgn judgemental sgt.. fikir positif, berbaik2 sesama manusia, demi keamanan negara, demi masa depan anak2 dan cucu cicit tercinta,” kongsinya lagi.
Malah, isteri kepada pelawak Johan menasihati agar individu saling menghormati antara satu sama lain.
“Paling utama saling hormat menghormati.. nih bkn marah tau.. nasihat.. ikut hampa la.. nak dgr atau x.. HAPPY MALAYSIA DAY TO ALL MALAYSIANS.. #familyhanania❤u,” akhirinya.
Menerusi laman Twitter, ada seorang individu memuat naik satu rakaman video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti yang terkejut melatah dengan sopan, tetapi lucu!
Insiden tersebut berlaku di sidang media program Big Stage minggu keempat, yang menyaksikan bintang yang sinonim dengan gelaran 'penyanyi nombor satu' itu memberikan imuniti buat Fieya Julia.
“Tokti melatah pun sopan. Hahahaha,” tulisnya pada video tersebut.
Lantas, rakaman video tersebut menjadi perhatian peminat dan rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Tok Ti.
Malah, Tok Ti sempat berkata "apa yang Siti Nurhaliza buat ni" sambil dipandang mesra rakan artis, Jaclyn Victor dan wakil Astro.
Sekadar informasi, Tok Ti bersama penyanyi Indonesia terkenal, Judika dan Cakra Khan merupakan juri tetap untuk program realiti nyanyian Big Stage 2019.
Sementara Jaclyn Victor pula dijemput sebagai juri jemputan pada minggu berkenaan.
Video : Twitter Idan Matt
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!