Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan bahawa bapanya, Haji Muslim Bulat telah dijangkiti wabak Covid-19 tahap 5B, beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 40 tahun ini mendedahkan jantung dan beberapa organ dalaman bapanya didapati rosak.
Difahamkan, bapanya kini sedang menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU), di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, pelakon kelahiran Telok Mas, Melaka ini mengharapkan ramai mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
Ads
“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu, puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya utk sampaikan berita ini.
“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.
Ads
“Dalam hidup terlalu byk pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
“Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yg berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulisnya.
Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang mengakui dirinya berasa amat berbesar hati selepas dipelawa untuk berkunjung ke rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Menurut Azizul, dia sekeluarga sememangnya amat mengagumi figura pujaan ramai itu malah, anak-anaknya juga turut meminati telatah si kecil, Siti Aafiyah.
“Alhamdulillah syukur, berkesempatan melawat Dato’ Sri Khalid dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk di kediaman mereka kebetulan saya berada di sekitar kawasan tersebut.
“Terima kasih kerana menjemput saya dan saya sangatlah berbesar hati kerana akhirnya dapat bertemu kembali selepas kali terakhir berjumpa di Melbourne dulu.
“Memang tidak dinafikan, satu Malaysia memang sayangkan Dato CT termasuklah saya serta seluruh keluarga.
“Anak-anak saya Amna Maryam @amnamaryam dan Amna Khadeeja @amnakhadeeja_ suka sangat dekat Aafiyah @aafiyahkhalid , jadi saya buat video call dan mereka bersembang secara virtual,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pemenang pingat perak di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, atlet asal Terengganu ini turut menzahirkan rasa kagum dengan minat dan kecintaan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Siti bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa dalam sukan berbasikal.
Melihat sahaja pada koleksi-koleksi basikal yang dimiliki oleh Datuk Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K, ia sudah cukup untuk membangkit rasa teruja di hati Azizul.
“Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga. Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Dato CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Dato CT memang terbaek, saya makan tu sampai menyanyi lagu PERCAYALAAHHHH.
“Mungkin ada yang tak tahu, Dato K dan Dato CT memang ‘die-hard fan’ sukan berbasikal. Mereka berdua ni memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu.
“Tapi saya sangat terkasima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri tu, saya tengok satu persatu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Azizul turut menitipkan ucapan penghargaannya buat Datuk Seri Siti dan Datuk K diatas sokongan yang telah diberikan sepanjang kariernya sebagai atlet berbasikal.
“Terima kasih kepada Dato K dan Dato CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah.
“Didoakan agar dimurahkan rezki dan dirahmati oleh Allah selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya. Insyaallah kekgi kite gateh skali deh, kite pakak kabak Genting Perez,” akhirinya.
Terdahulu, Azizul difahamkan akan pulang ke pangkuan keluarganya di Australia selepas selesai beberapa tugasannya di Malaysia tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Datuk Azizul Hasni Awang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, berkongsi nama anak pertamanya menerusi Instagram pada Isnin.
Sambil memuat naik foto permata hatinya yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu, Issey turut mendedahkan makna di sebalik nama yang dipilih.
“Faaeq Fathian Bin Fazlisham. Faaeq ialah tertinggi, ulama, terkemuka Fathian ialah kemenangan.
“Moga awak jadi anak yang tinggi akhlak dan imannya. Tambah tambah pulak kamu lahir pada tarikh ‘kemenangan’ kita, 31 Ogos 2021,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya turut sama tumpang gembira selain mendoakan agar Faaeq membesar sebagai anak yang soleh.
Untuk rekod, Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi ialah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.
Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Foto: Instagram Issey, Aimi Jamel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kebelakangan ini, isu menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan perkelahan menjadi perbualan hangat wargamaya susulan foto sampah sarap yang dibiarkan di kawasan rekreasi yang tular laman media sosial.
Pelakon dan usahawan, Shaheizy Sam tampil berkongsi pengalaman lamanya sejurus habis merokok.
Menurut Sam, dia sering membuang puntung rokok dia merata sehinggalah pelakon berusia 39 tahun ini ditegur kenalan.
“Assalamuaikum, sekadar nak berkongsi dulu masa saya habis hisap rokok, saya akan tengok keliling dan bila saya nampak situ ada punting rokok atas lantai saya akan mula jentik punting rokok dekat situ. Benda tu dah jadi tabiat buruk saya.
“Sampailah satu hari kawan saya tegur dan tanya saya kenapa nak kena buang punting rokok macam tu? Saya jawab, tak tahu nak buang kat mana dan dah nampak banyak punting rokok dekat situ,” katanya.
Suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini menambah, adalah sangat penting untuk menjaga kebersihan kerana ia juga merupakan satu tuntutan dalam agama.
“Kebiasaan dia kata kerana sumbangan kita walaupun sekecil-kecil punting rokok tapi bila dah ramai orang buat benda itu akan jadi banyak. Dalam agama pun diajar kalau boleh kita mesti menjaga kebersihan.
“Setiap kali nak buang punting rokok, kena ingat yang Allah marah kita kalau buat kotor. Jadi mula dari situ, saya akan cuba menjaga supaya saya tak nak buat kotor.
“Sebelum kita buang, kita fikir dulu Tuhan pasti mesti marah kalau kita buat kotor. Betul tak? Jangan buang sampah merata-rata Tuhan marah,” katanya lagi.
Sama-sama perbaiki diri, video yang dikongsikan di Instagram pada Jumaat itu sudah pun ditonton hampir 20,000 kali.
Foto: Instagram Shaheizy Sam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur malam tadi bukan sahaja bergema dengan persembahan hebat penyanyi Shila Amzah, malah turut menjadi pentas penuh emosi yang...