Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, berkongsi nama anak pertamanya menerusi Instagram pada Isnin.

Sambil memuat naik foto permata hatinya yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu, Issey turut mendedahkan makna di sebalik nama yang dipilih.

Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.” Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.” Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

“Faaeq Fathian Bin Fazlisham. Faaeq ialah tertinggi, ulama, terkemuka Fathian ialah kemenangan.

IKLAN

“Moga awak jadi anak yang tinggi akhlak dan imannya. Tambah tambah pulak kamu lahir pada tarikh ‘kemenangan’ kita, 31 Ogos 2021,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya turut sama tumpang gembira selain mendoakan agar Faaeq membesar sebagai anak yang soleh.

IKLAN

Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.” Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.” Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.”

Untuk rekod, Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

IKLAN

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi ialah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.

Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.” Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.” Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.”

Foto: Instagram Issey, Aimi Jamel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI