Ekoran daripada pengumuman penundaan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bulan lalu, AJL35 kini dijadualkan bersiaran secara langsung tanpa penonton pada hari Ahad, 14 Mac 2021, 9 malam di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh pihaknya sudah bersedia untuk melangsungkan anugerah muzik berprestij itu dalam situasi yang baru.
“Kami telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu. Penularan Covid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.
“Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu.
“Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.
“Walau bagaimanapun, tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Terdahulu, AJL35 yang bakal dihoskan oleh Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari ini telah dijadualkan untuk bersiaran pada 7 Februari 2021 di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaannya yang disebabkan oleh pelanjutan tempoh PKP.
Tarikh baharu AJL35 ini juga telah disebut oleh Awal Ashaari ketika bersiaran secara langsung dalam Melodi, Ahad lalu.
Saksikan juga Debaran AJL35, sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang menyingkap setiap sudut persiapan AJL35.
Debaran AJL35 ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 5.30 petang, Sabtu, 13 Mac 2021 di TV3.
Selain itu, para penonton di rumah berpeluang untuk saksikan temu bual eksklusif di karpet merah yang digelar Lounge AJL35 bersama Muaz Mohamed (Kool FM) dan Sissy Imann pada hari Sabtu, 14 Mac 2021 pada pukul 8.30 malam di TV9.
Layariwww.anugerahjuaralagu.com serta laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur untuk maklumat lanjut.
Sebanyak 12 lagu diumumkan layak ke AJL tahun ini iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Gundah (Ernie Zakri).
Empat lagu lain yang turut mara ialah Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).
Foto: TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mengakui berasa amat teruja selepas impiannya untuk menghadiahkan kedua ibu bapanya sebuah kereta mewah jenis Mercedez kini telah tercapai.
Menurut Daiyan, sekiranya mengikut perancangan asal, impiannya itu sepatutnya akan tercapai dalam masa dua atau tiga tahun lagi namun, dia menyifatkan segalanya telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.
“Tangkap gambar dengan kereta, tapi bukan kereta saya hehehe. Thank you so much everyone for your duas, you all are so wonderful and kind.
“Salah satu goal Daiyan memang nak belikan kereta untuk parents at least dlm 2-3 tahun lagi. Alhamdulillah despite Covid, last year Allah blessed me in abundance,” katanya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Langit itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Katanya lagi, dia sebolehnya tidak mahu menangguhkan lagi perancangan tersebut kerana menyifatkan inilah masa yang terbaik untuk membalas jasa kedua ibu bapanya itu.
“So Daiyan fikir, buat apa postpone kalau untuk parents. if there’s anything, now is the perfect time to make them feel good and fill their days with joy, because we’ll never know what tomorrow is gonna bring, as we live in days of uncertainty.
“Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa and mummy. Hug your parents, show them you love them, and do everything you can to repay them back. Takkan pernah cukup, tapi at least kita cuba,” katanya lagi.
Malah, video penyerahan kereta tersebut turut dikongsikan oleh Daiyan menerusi saluran Youtube miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata dan rakan artis teruja dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Daiyan sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: Instagram Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk Jamali Shadat dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi, hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun.
Memetik Harian Metro, berita pemergian bintang lawak legenda itu dimaklumkan cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.
“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Sebelum ini, keadaan kesihatan Jamali yang dilaporkan merosot apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.
Difahamkan, Jamali amat terkesan dengan pemergian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.
Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.
Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.
“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.
“Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ,” kata Isyraq.
Apa yang berlaku membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.
Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pada zaman kegemilangannya sekitar 80-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.
Al-Fatihah dan salam takziah dari MH buat seluruh keluarga Allahyarham Datuk Jamali Shadat.
Moga roh arwah di tempatkan di kalangan golongan yang beriman, ameen ya rabb.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui dirinya turut terhibur apabila foto-fotonya menjadi tular di media sosial yang disunting dalam pelbagai versi lucu oleh netizen.