Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi tercalon bersama tunangnya, aktres Uqasha Senrose untuk kategori Gandingan Serasi Drama Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34.

Menurut Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, ini merupakan pencalonan kali kedua buat mereka seterusnya mengharapkan rezeki berpihak kepadanya mereka sekali lagi.

“Harapnya Ada Rezeki, Tambah Lagi Satu Trofi…,” – Sekali Lagi Tercalon Bersama Uqasha, Ini Dedikasi Kamal Adli

“Harapnya Ada Rezeki, Tambah Lagi Satu Trofi…,” – Sekali Lagi Tercalon Bersama Uqasha, Ini Dedikasi Kamal Adli

Bintang berusia 35 tahun ini turut sama tumpang gembira sekiranya ramai peminat menyukai gandingan mereka dan setia mengikutu drama rantaian Perempuan Tanpa Dosa yang bersiaran sekitar Oktober tahun lalu.

“Harapnya Ada Rezeki, Tambah Lagi Satu Trofi…,” – Sekali Lagi Tercalon Bersama Uqasha, Ini Dedikasi Kamal Adli “Harapnya Ada Rezeki, Tambah Lagi Satu Trofi…,” – Sekali Lagi Tercalon Bersama Uqasha, Ini Dedikasi Kamal Adli

IKLAN

“Sebenarnya untuk kategori ini, kami sudah pernah raih pada tahun lepas dan syukur Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi tercalon. Jadi saya berharap kalau ada rezeki lagi… peminat suka gandingan itu serta memberi impak kepada orang ramai.

“Harapnya ada rezeki boleh menang, tambah lagi satu trofi dekat rumah,” katanya yang dalam sidang media drama rantaian Sihir, baru-baru ini.

“Harapnya Ada Rezeki, Tambah Lagi Satu Trofi…,” – Sekali Lagi Tercalon Bersama Uqasha, Ini Dedikasi Kamal Adli “Harapnya Ada Rezeki, Tambah Lagi Satu Trofi…,” – Sekali Lagi Tercalon Bersama Uqasha, Ini Dedikasi Kamal Adli

Sementara itu Kamal akui teruja apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama yang berunsur seram tersebut.

IKLAN

“Saya memang pengemar cerita seram jadi apabila dapat peluang untuk berlakon dalam drama ini sudah semestinya saya teruja dan drama ini lain daripada yang lain.

“Pada masa sama, naskhah tersebut banyak pengajaran selain menceritakan tentang perasaan hasad dengki orang dengan kita. Jadi untuk mereka yang di luar sana nak tahu, mungkin ini caranya bila kena sihir dan sebagainya.

“Sebab kadang-kadang mungkin orang tak tahu atau tidak sedar apabila secara tiba-tiba tidak suka atau hilang rasa saya dekat seseorang itu misalnya.

IKLAN

“Rupa-rupanya sudah terkena sihir. Jadi benda ini bahaya sebenarnya. Itu antara contoh yang boleh diambil,” katanya lagi.

Selain Kamal, drama Sihir arahan Michael Ang ini turut dibintangi Hun Haqeem, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad dan ramai lagi.

Drama 20 episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria mulai 1 November depan.

“Harapnya Ada Rezeki, Tambah Lagi Satu Trofi…,” – Sekali Lagi Tercalon Bersama Uqasha, Ini Dedikasi Kamal Adli “Harapnya Ada Rezeki, Tambah Lagi Satu Trofi…,” – Sekali Lagi Tercalon Bersama Uqasha, Ini Dedikasi Kamal Adli

Foto: Instagram Kamal Adli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI