Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebentar tadi ada memuat naik foto bersama Ali Puteh di Instagram.

Perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian peminat apabila sebelum ini, hubungan di antara mereka dilihat sedikit tegang gara-gara tindakan usahawan terbabit yang didakwa ada bertanya beberapa soalan berbaur sensitif terhadap balu adiknya, Siti Norhidayah Mohd.

Aliff bersama beberapa krew ketika itu melawat ke kediaman balu Allahyarham Abam bagi menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan dan ia turut dikongsikan di media sosial.

Tulis penyanyi Abang Nak Tegur ini menerusi ruanga kapsyen, dia dan Ali sudah pun berdamai dan pada sesi tersebut, Ali juga ada memberikan kata-kata semangat.

Aliff juga turut mengharapkan agar silaturahim yang terjalin berkekalan sebagai kawan dan tidak mahu ada sengketa wujud di antara mereka.

IKLAN

“Harini saya berjumpa dengan Ali Puteh dan Alhamdulillah Ali Puteh dengan saya sudah berdamai. Dan kami berjumpa buat kali pertama.

“Ali memberikan kata-kata semangat kepada saya dan saya menjadi sebagai seorang kawan kepada Ali Puteh. Saya berharap sangat kami boleh menjadi sorang kawan dan tiada sengketa antara kami.

IKLAN

“Apapun,jika ada masa InshaALLAH saya akan pergi ke rumah Ali dan berjumpa dengan keluarga Ali juga. Saya harapkan yang terbaik untuk mereka. Amin Amin Amin Ya Rab,” tulis Aliff.

IKLAN

Sementara itu di ruangan komen, para peminat rata-ratanya memberikan reaksi positif dan mengharapkan agar keduanya terus menjalin hubungan baik.

Sebelum ini, Ali menerusi satu sidang media yang diadakan pada Februari lalu turut menyataan kesediaannya untuk melupakan kontroversi dengan Aliff.

Namun, usahawan tersebut perlu berjumpa dengan ibunya dan memohon maaf.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI