Selepas usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa tampil memberikan penjelasan mengenai status dirinya kini selepas menjadi teka-teki ramai pihak, akhirnya figura berusia 32 tahun itu bertindak memadam entri berkenaan selepas dimuat naik pada Ahad.

Bagaimanapun menerusi satu lagi entri terkininya, Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil memberitahu dia memadam status tersebut bukanlah kerana takut.

Sebaliknya memadai buat mereka yang sempat membaca atau tahu dengan situasi yang berlaku.

“Saya delete bukanlah sebab saya takut, tapi cukuplah beberapa orang yang sempat baca dan tahu situasi yang berlaku.

“Saya tak nak ex-wife saya terganggu. Biarlah tamat begini kisah kami. Doakan kami dengan jalan yang lebih Allah luaskan selepas ini, amin,” tulis lampiran yang tertera.

IKLAN

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, Alha  menjelaskan niatnya adalah untuk memaklumkan dia bukan lagi bergelar suami.

“Kepada netizen, cakap lah selagi mampu, fitnah n kutuk la sy selagi daya,..kepada exwife, sy diam n berhenti disini bkn maksud sy kalah,tp cukuplah niat sy nak bgtau org yg awak bkn lagi isteri sy.

IKLAN

“So tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak, biar sy terima semua ni..org akan mengata sy macam2 tapi allah ada. Semoga awak dpt pengganti yg baik,aminnn,” doanya.

IKLAN

Menyekat akses kepada ruangan komen di Instagram, Alha turut memuat naik status terkait menerusi Insta Stories.

Terdahulu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok mendakwa hubungan rumah tangga yang dibinanya seolah-olah sudah berakhir. 

Alha dan pasangan, Noor Azlin, 24, mendirikan rumah tangga pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

Foto: Instagram Datuk Alha Alfa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI