Jenama fesyen muslimah Naelofar mengambil inisiatif tersendiri dengan melancarkan kempen ‘Naelofar For Humanity’ mengenangkan situasi semasa yang berlaku di Palestin.

Lalu, 100 peratus keuntungan jualan yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction seiring kempen Naelofar For Humanity yang berjalan menerusi platform Instagram.

“Harap Inisiatif Ini Dapat Ringankan Beban…,” – Demi Pembangunan Semula Palestin, Naelofar Lancar Kempen ‘Naelofar For Humanity’ “Harap Inisiatif Ini Dapat Ringankan Beban…,” – Demi Pembangunan Semula Palestin, Naelofar Lancar Kempen ‘Naelofar For Humanity’ “Harap Inisiatif Ini Dapat Ringankan Beban…,” – Demi Pembangunan Semula Palestin, Naelofar Lancar Kempen ‘Naelofar For Humanity’

Neelofa berkata, inisiatif ini dilakukan khusus untuk menggalakkan orang ramai akan keadaan terkini di Palestin dan dalam masa sama mengajak mereka yang berkemampuan menghulurkan bantuan.

IKLAN

“Menerusi kempen Naelofar For Humanity ini, objektif saya adalah untuk memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin dalam kalangan pengguna, juga dapat  memberikan bantuan dalam membina semula Gaza yang terjejas.

“Justeru, 100% keuntungan yang diraih menerusi Naelofar For Humanity Weekend Specials akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction.

“Insya-Allah, saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat sangat memerlukan di sana,” katanya.

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif Naelofar, Mohamed Aqief, pula menerusi satu kenyataan menjelaskan, pihaknya turut memberikan dana berjumlah RM50,000 sebagai permulaan kempen.

“Harap Inisiatif Ini Dapat Ringankan Beban…,” – Demi Pembangunan Semula Palestin, Naelofar Lancar Kempen ‘Naelofar For Humanity’

IKLAN

Kempen ‘Naelofar for Humanity’ akan bermula hari ini turut melibatkan penyertaan ramai selebriti yang turut melaungkan ikrar “I stand for Humanity, I stand for Change’ demi memperjuangkan perubahan di Palestin.

“Harap Inisiatif Ini Dapat Ringankan Beban…,” – Demi Pembangunan Semula Palestin, Naelofar Lancar Kempen ‘Naelofar For Humanity’ “Harap Inisiatif Ini Dapat Ringankan Beban…,” – Demi Pembangunan Semula Palestin, Naelofar Lancar Kempen ‘Naelofar For Humanity’ “Harap Inisiatif Ini Dapat Ringankan Beban…,” – Demi Pembangunan Semula Palestin, Naelofar Lancar Kempen ‘Naelofar For Humanity’

Jualan hujung minggu berkenaan akan diadakan di seluruh saluran jualan Naelofar iaitu di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI