Rupa-rupanya berita mengenai perkahwinan bintang realiti TV, Kourtney Kardashian dengan tunangnya, Travis Barker adalah sekadar ‘olok-olok’ belaka.
Kourtney menerusi laman Instagramnya menjelaskan, mereka hanya sekadar melakukan ‘latihan’ sebelum melangsungkan majlis perkahwinan sebenar.
Pasangan itu juga difahamkan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan ia tidak sah mengikut undang-undang.
Majlis ‘perkahwinan’ itu dilangsungkan pada pukul 2 pagi, Isnin lalu di Las Vegas selepas beberapa jam majlis Anugerah Grammy melabuhkan tirai.
Pasangan berkenaan turut hadir memeriahkan lagi majlis anugerah muzik tersebut dengan menghadiri ‘after party’ yang diadakan selepas itu.
Ads
“Pada pukul 2 pagi selepas berlangsungnya satu malam yang epik, seorang permaisuri dan rajanya yang kacak pergi ke sebuah gereja dan ‘disatukan’ oleh paderi bergaya ala Elvis dan berkahwin (tanpa sijil perkahwinan sah). Kami buat latihan dulu,” tulis Kourtney.
Dalam posting tersebut, Kourtney, 43, turut berkongsikan foto perkahwinan bertemakan ‘rock and roll’ itu buat tatapan peminatnya.
Ads
Menerusi laporan media sebelum ini, perkahwinan mereka disahkan oleh pemilik gereja One Love Wedding Chapel, Marty Frierson. Lokasi itu menjadi kegemaran buat mana-mana pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan secara mengejut.
Malah, penyanyi Britney Spears juga pernah berkahwin di situ dengan salah seorang bekas suaminya, Alexander pada 2004.
Ads
Percintaan kakak kepada Kim Kardashian itu mula dihidu pada Disember 2020 dan kemudian pada Februari 2021 baharu Kourtney mengakui hubungannya dengan jejaka penuh bertatu itu.
Mereka kemudiannya bertunang lapan bulan selepas itu.
Hubungan mereka juga turut direstui oleh anak masing-masing. Kourtney mempunyai tiga orang anak iaitu Mason, 12, Penelope, 9, dan Reign, 7, hasil perkongsian hidup dengan Scott Disick.
Manakala Travis mempunyai dua anak meningkat remaja iaitu Landon, 18, dan Alabama, 16, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Shanna Moakler.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Kourtney Kardashian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menantikan detik untuk disatukan sebagai suami isteri, setiap apa yang dilakukan Fasha Sandha dan Aidil Aziz ketika pastinya mendapat perhatian peminat.
Malah, rata-ratanya juga tidak sabar untuk melihat dua bintang ini naik pelamin, meniti bahagia sebagai suami isteri.
Lalu bagi meraikan cinta ini, pasangan sama cantik sama padan ini telah mengadakan satu pengambaran khas untuk pra-perkahwinan,baru-baru ini.
Selain dari pada gambar pasangan yang sama cantik sama padan ini sendiri, gambar ini juga telah memberi pandangan yang lebih dekat terhadap rekaan dan butiran baju pra-perkahwinan Fasha; dari pandangan jauh sehinggalah sudut yang paling dekat.
Berdasarkan gambar yang diambil, perincian baju pra-perkahwinannya yang dihasilkan pereka terkenal Azura Couture dapat dilihat dengan jelas walaupun gambarnya dirakam dari jauh.
Apabila dinilai semula, satu-satunya pengeluar telefon pintar yang mempunyai teknologi yang mengagumkan itu ialah HUAWEI kerana jenama ini sering dikenali dengan keupayaan kamera yang luar biasa.
Berikutan dengan siri HUAWEI P20, HUAWEI Mate 20 Pro juga menggabungkan ciri lensa tri-kamera, dan ianya juga telah mencatatkan skor sebanyak 109 pada DxOMark iaitu lebih kurang sama seperti Huawei P20 Pro sebelum ini.
Berdasarkan poster ini, kami juga percaya bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan siri HUAWEI P30.
Hal tersebut disokong dengan kapsyen pelakon Teratai Kemboja itu sendiri, menerusi entri foto sama menerusi Instagram.
“Bila tengok gambar ni rasa sangat sebak, hiba. Saya bersyukur dengan kehadiran Aidil dalam hidup saya. Semoga dipermudahkan perjalanan buat kami.
“Credit to @HuaweiMobileMY. Wedding gown from @azuracouture,” tulis Fasha sambil disusuli dengan tanda palang #Rewritetherules #fashasandhaxHuaweiTV3 #aidilfasha dan
#preweddingphoto.
Sedar namanya diperkatakan gara-gara berkongsi makanan dengan kucing peliharaannya, pelakon Nabila Huda tampil menjawab kritikan netizen terhadap dirinya.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Nabila atau Abil, 39, berkata dia mempunyai jawapan untuk membalas kepada semua pihak yang mengecam dirinya namun dia lebih senang untuk tidak berkongsikan perkara itu kepada umum demi menghormati bulan Ramadan.
“Kemaen (bukan main) orang komen geli pasal Abil share milk dengan kucing saya tu.Sebenarnya Abil ada jawapan nak balas kepada semua.
“Tapi bulan Ramadan ni, jawapan tu agak sensitif. Takpe, saya simpan.Rasa tak manis pula sebab jawapan tu boleh buat orang imagine dan malu sendiri nanti,” tulis Abil.
Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen memahami tindakan Abil itu yang hanya boleh difahami oleh pencinta kucing sahaja.
“Orang yang ada kucing sahaja yang faham, Abil.It’s okay.
“Let them be, semoga banyak pahala Abil. Murah rezeki bulan baik ni.
“Kucing saya pun suka je cilok susu mama dia minum.Daripada cawan yang sama ya.Kita bela dia macam anak wahai netizen, haha so isu geli tu apooo,” komen sebahagian netizen.
Terdahulu, anak kepada rocker Amy Search itu berkongsi video memaparkan dia sedang menikmati bijirin coklat sambil berkongsi susu bersama kucingnya, Akiko dalam satu mangkuk yang sama.
Susulan itu, ramai tampil mengecam tindakan Abil yang dikatakan boleh mendatangkan penyakit kepadanya sekiranya berkongsi dalam satu bekas makanan atau minuman yang sama dengan binatang peliharaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menyifatkan kehadiran dua orang anak lelakinya iaitu Putra Adam Rizki, 6 dan Putra Aiman Zafran, 4 sebagai kekuatan utama...