Nama Ayu Raudhah sebelum ini pernah mewarnai dunia lakonan tempatan sekaligus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktres popular sedia ada.

Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 pernah memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.

Perkahwinannya sejak 21 Januari 2011 itu turut disusuli dengan keputusan bertudung sekembalinya mengerjakan umrah dan 21 Januari lalu genap 11 tahun usia perkahwinan mereka.

“Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita “Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita

“Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah lagi kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di televisyen, lagi menebal kerinduan.

“Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah.

“Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba. Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.

“Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” katanya yang turut gembira di kelilingi lima permata hati.

Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.

Terbaru sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami membuka kafe makanan di Seremban. Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian  wanita mampu milik, byLR.

“Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita “Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita

“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak. Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.

IKLAN

“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” katanya.

Pemenang  kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3  di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menjadi harta bernilai.

“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.

“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.

“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut menampilkan anak perempuannya sebagai model baju raya si cilik.

Kata Ayu lagi, dia dan jenama itu bertekad untuk mengeluarkan pakaian wanita  contohnya seperti baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan.

“Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita “Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita

IKLAN

“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Rangkaian harga pakaian bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun.

“10000 helai pakaian itu  disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. Insya-Allah,” kata Ayu.

Jenama  di bawah syarikat Iwan Industry Factory Sdn Bhd beribu pejabat di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang yang mula mengembangkan sayapnya sejak hujung tahun lalu itu juga tidak mahu membebankan golongan wanita terutama di era semasa.

“Dari zaman pandemik COVID-29 hinggalah ke endemik, kami tahu ada yang bergelut meneruskan survival.  Bukan semua senang. Tapi di saat negara sudah mula ‘terbuka’ membiasakan norma baharu dan kesempatan beraya tahun ini, tak salah untuk berbelanja membeli pakaian raya.

“Sebab itu kami mahu puaskan keinginan wanita yang masih kekal berfesyen cantik dengan harga bukan kayangan. Golongan sasaran kami daripada gadis hinggalah wanita matang.

“Daripada pekerja kerajaan,  swasta hingga ke sektor korporat dan juga pelajar kolej mahupun universiti ini masan untuk anda kekal bergaya tanpa  berfikir panjang memikirkan nilai harganya,” katanya.

“Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita “Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita

IKLAN

Ditanya wanita bertaraf figura umum atau public figure, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.

“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.

“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai. Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai  nak.

“Biarlah bijak membeli, menang memakai. Sekarang ini pun, koleksi terdahulu dijual pada harga diskaun 30 peratus sempena pra Ramadan. Saya juga nak ajak semua tambah pendapatan sempena raya kali ini dengan menjadi ‘dropship’,”katanya lagi. 

Ayu berkata, dia diperkenalkan Nurhazlinda menerusi kakaknya, Rubitah Che Wan dan suami, Lan Pet Pet tahun lalu.

Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012  menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan.

Sebagai permulaan, Ayu turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.

“Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita “Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/v6EO1hetoCo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI