Pemenang American Idol musim ke-17, Laine Hardy telah ditahan dan diletakkan dalam tahanan polis tempatan Louisiana pada Jumaat apabila dituduh dengan sengaja meletakkan alat perakam suara di bilik dorm kekasihnya.
Jurucakap Louisiana State University mengesahkan bahawa penyanyi berusia 21 tahun itu telah ditangkap pada pagi Jumaat dan telah ditahan atas kesalahan pemintasan dan pendedahan wayar, komunikasi elektronik atau lisan.
Sebelum penahananya, Laine yang popular menerusi lagu Memorize You telah berkongsi perkara itu kepada umum di media sosial bahawa dia telah menerima waran tangkap dari bahagian Polis Louisiana State University dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
“Awal hari ini, saya menerima waran kerana dakwaan yang dibuat terhadap saya dan telah bekerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Polis Universiti Negeri Louisiana. Saya faham bahawa kerjaya saya telah mendorong saya menjadi tumpuan umum, dan saya menerimanya dengan sepenuh hati kerana seluruh dunia saya adalah milik muzik saya dan peminat saya.
“Namun, mengambil kira yang pendakwaan ini adalah kes sensitif, saya dengan rendah hati meminta privasi buat masa ini. Saya amat menghormati undang-undang dan akan membantu mereka apabila perlu maju ke hadapan bagi melakukan penyiasatan,” ujarnya.
Menurut waran tangkap yang diperoleh sumber, seorang pelajar Louisiana State University menemui perakam yang diaktifkan suara di bilik asramanya pada 6 April. Dia memberitahu polis bahawa dia percaya Laine yang merupakan bekas teman lelakinya, meletakkannya di sana.
Waran itu memaparkan garis masa di mana mangsa berkata bahawa dia telah menemui akaun Instagram palsu pada telefon penyanyi terbabit pada bulan Februari yang didakwa digunakan untuk menutup rakaman yang dia buat mengenainya ketika dia tiada. Dia didakwa mengaku meninggalkan “pepijat” di dalam biliknya, tetapi berkata dia kemudiannya membuangnya ke dalam kolam.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga, pasangan selebriti, Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz terpaksa menghadapi ujian tersendiri apabila anaknya, Nurafrina Ayra disahkan mengalami masalah demam kuning.
Almy turut meluahkan rasa sedihnya itu melalui posting di akaun Instgramnya.
“Day 10 of pantang,baki 34hari lg.. dan Day 2 terapi dekat rumah jer.. harap berkurangan la kuningnya.. kuningya smlm ms check 270.. tu terpaksa sewa benda alah ni.. wlpn setiap kali nak letak baby bawah lampu biru ni,setiap kali jgk air mata mama mesti jatuh.. tp demi kesihatan anak mama kena kuat… mama kena kuat demi baby demi diri sendiri nak kurus,treament jadual penuh,kena kuat demi kakak2 dia .demi suami nak jaga perut…..itu lah pengorbanan seorang wanita,” tulis Almy di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang mendoakan kesejahteraan bayi comel itu agar cepat sembuh dan memberi kata-kata semangat buat Almy dan Fizz.
Ayra dilahirkan seberat 3.31 kilogram pada malam perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2018 (Vietnam vs Malaysia) jam 11:30 malam di hospital swasta di Setapak.
Apa-apa pun, MH doakan agar Almy dan Fizz tabah menghadapi ujian ini.
Foto : Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir menolak secara baik apabila ada individu yang mahu menawarkannya membuat reviu produk berasaskan kehamilan.
Lantas, bintang Kan Ku Kejar Cintamu itu telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen.
“Reaction bila orang suruh review product hamil yang kita tak guna. Duit mau, menipu tidak mau! Hahhahahahahhaha Thanks for the offer! #BuatApaTipuBoskurrrrrrrrr,” tulisnya.
Menerusi InstaStories milik penyanyi, Liza Hanim meluahkan rasa bangga terhadap kumpulan Indigo yang telah tersingkir pada minggu keempat program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Liza merupakan isteri kepada Shahrin Samsudin yang juga merupakan anggota kepada kumpulan Indigo itu tetap memuji pencapaian trio berkenaan meski tersingkir awal.
Liza berpendapat kumpulan Indigo telah memberikan persembahan yang terbaik.
“Tetap menang di hati kami you did the best @indigo_official2020 @shahrinsamsudin @nizam_arboristree @bob_indigo_official,” tulisnya.
Selain Indingo, kumpulan Eva juga turut diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu yang bertemakan ‘Lagu Berhantu’ itu, pada Ahad.
GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria serta Ria HD.
Foto: Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...