Pelakon yang popular dengan tagline ‘kasi sengat’, Mohamad Shoffi Jikan hari ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, pelakon tersebut direman selama tiga hari selepas positif ganja ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya setelah Pengarah dan Pelakon, Datuk Farid Kamil membuat laporan polis yang mendakwa tiga rakan artis memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga berkelakuan ganas tempoh hari.

Siasatan dibuat mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sofi di bawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 10.10 pagi dan keluar jam 11.40 untuk di bawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya.

‘Hanya Allah SWT Tahu’- Respon Sofi Jikan mengenai Hubungannya dengan Farid Kamil

IKLAN

Saat ditemui media, soalan pertama diajukan media adalah mengenai hubungannya dengan Farid.

“Hanya tuhan sahaja yang tahu. Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah. No komen,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat juga isu apabila satu foto melibatkan Sofi di Mahkamah Petaling Jaya mendapat ‘like’ daripada Farid.

IKLAN

Tindakan tersebut turut mengundang ‘kemarahan’ netizen yang memberikan sokongan kepada Sofi.

‘Hanya Allah SWT Tahu’- Respon Sofi Jikan mengenai Hubungannya dengan Farid Kamil

IKLAN

Bagi MH, kita tunggu sajalah siasatan oleh pihak polis. Kita pun tak tahu apa cerita sebenar yang terjadi diantara mereka? Tunggu dan lihat sahajalah.

Sementara itu, Polis mengesahkan seorang penyanyi kumpulan nasyid tempatan telah dihubungi untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata penyanyi berkenaan dapat dihubungi menerusi wakil peguamnya.

sumber: IG Kasi Sengat Biz & Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI