Selepas 10 tahun berkenalan, penyampai radio Era Fm, Hani Fadzil selamat melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Wan Faiz Wan Nor, 30, dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah diadakan di Bora Ombak, Marina Putrajaya pada jam 4.00 petang tadi.

Hani atau nama sebenarnya, Intan Farhani Mohd Fadzil, 26 dinikahkan bapanya sendiri, Mohd Fadzil Mohd Ali bersaksikan Imam Dan Juru Nikah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Ustaz Hafizan Ibrahim dengan mas kahwin sebanyak RM300.

IKLAN

Bagaimanapun, pasangan merahsiakan jumlah wang hantaran.

Hani dan pasangan masing-masing berbalas tujuh dulang hantaran. Majlis resepsi turut diadakan di lokasi sama jam 8.00 malam esok.

IKLAN

Terdahulu, pasangan mempelai ini telah pun mengikat tali pertunangan 24 Julai tahun lalu.

IKLAN

Hani merupakan penyampai yang mengendalikan segmen Johara 30 Era sementara suaminya pula merupakan seorang ahli perniagaan.

Tahniah MH Online ucapkan pada Hani dan pasangan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI