Finalis Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee mendedahkan pernah digelar dengan pelbagai nama buruk kerana perbezaan warna kulitnya.

Katanya, ada sebahagian tohmahan dan cacian itu terlalu berat untuk diterima gadis berusia 18 tahun itu.

“Saya pernah dipanggil ‘negro’, ‘keling’, arang, muka ahli neraka, muka macam b**i, malah pernah diugut pukul kalau ada yang jumpa saya depan-depan,” katanya kepada MH.

Hanee ditemui ketika Sidang Media Pengumuman Top 12 Finalis Dewi Remaja 2018/2019 bertempat di Hard Rock Cafe, pada Rabu.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia sangat bersyukur terpilih menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja kerana dapat membuktikan kepada para haters bahawa dia mampu lakukannya walaupun terdapat kekurangan diri.

“Pada saya, dapat masuk ‘top 12’ ni pun dan bersyukur sangat kerana dapat buktikan pada semua orang bahawa tak kisahlah sama ada kau tak cukup tinggi ke, gemuk ke, kurus ke, kalau you berjaya apa yang you mampu buat dan kalau you ada cita-cita jadi ‘just go for it.

“Tiada apa yang boleh hentikan kalau you ada semangat untuk berjaya. Selain itu, Hanee juga nak buka mata remaja-remaja di luar sana bahawa ia tidak terlalu lewat untuk berubah, ‘just be yourself’,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Hanee juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan juga kepada mereka yang sering menkritik dirinya selama ini.

IKLAN

“Keluarga saya sangat menyokong terutamanya mak saya. Tanpa dia, memang susah lah dan kepada ‘haters’, terima kasih atas semua cacian dan makian anda, saya berada di sini sekarang kerana anda semua juga,” katanya lagi.

Program tersebut akan menemui penonton pada hari Ahad jam 10.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 25 November

Foto/Instagram:Haneesya Hanee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI