Selain senarai pemenang yang diraikan, pelbagai momen menarik yang berlaku menerusi Anugerah Skrin 2018 (ASK2018).

Nak tahu apa? Jom ikuti 10 corat-coret yang sempat dirakam lensa MH.

Penampilan pertama Syatilla Melvin di majlis berskala besar selepas mengumumkan dirinya sedang mengandung anak kedua mencuri perhatian ramai. Tilla hadir bagi menemani suaminya, Shaheizy Sam yang dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Pinjamkan Hatiku.

[GAMBAR] Lampu Dewan Tiba-Tiba Padam, Gurau Papa Mama Elly Mazlien, Silap Mata & Aura Filem Dukun Antara Rangkuman Corat-Coret ASK2018

Dewan yang tiba-tiba gelap nyata menggamatkan sebelum Marsha dan Qody membuat persembahan untuk lagu runut filem seram, Tujuh.

Bukan hanya mendapat standing ovation dari penonton, Normah Damanhuri yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem turut disokong dengan sorakan anak-anaknya yang turut hadir. Memang sporting keluarga ni kan?

IKLAN

[GAMBAR] Lampu Dewan Tiba-Tiba Padam, Gurau Papa Mama Elly Mazlien, Silap Mata & Aura Filem Dukun Antara Rangkuman Corat-Coret ASK2018

Elemen persembahan silap mata memang mencuri tumpuan dan lain dari lain. Malah, game yang turut disertai Izara dan Datin Diana Danielle memang best!

Gandingan Syuk dan Elly Mazlien memang menjadi apabila masing-masing buat lawak yang tak kering gusi. Konsep Papa dan Mama tu memang menjadilah!

[GAMBAR] Lampu Dewan Tiba-Tiba Padam, Gurau Papa Mama Elly Mazlien, Silap Mata & Aura Filem Dukun Antara Rangkuman Corat-Coret ASK2018

IKLAN

Statment ibu Fauziah Nawi saat menjulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama iaitu- “Dah sunyi 26 tahun hidup sorang tapi i tak kan ambil suami siapa-siapa pun!” Memang mendapat tepukan gemuruh.

[GAMBAR] Lampu Dewan Tiba-Tiba Padam, Gurau Papa Mama Elly Mazlien, Silap Mata & Aura Filem Dukun Antara Rangkuman Corat-Coret ASK2018

Rakan penyampai Izzue Islam, Sherry AlHadad memang awal-awal dah bagi punch-line apabila mengatakan ada yang samakan dress yang dipakainya tak ubah macam patung Statue of Liberty, tinggal pegang obor saja. Sama tak sama korang?

Seperti diduga, Datin Seri Umie Aida menjadi pemenang Pelakon Wanita Terbaik filem di ASK tahun ini, sekali gus mendapat standing ovation daripada penonton!

IKLAN

[GAMBAR] Lampu Dewan Tiba-Tiba Padam, Gurau Papa Mama Elly Mazlien, Silap Mata & Aura Filem Dukun Antara Rangkuman Corat-Coret ASK2018

Ucapan Nad Zainal yang sebak memberi emosi tersendiri. Lebih manis, trofi Pelakon Wanita Terbaik turut disampaikan rakan baiknya, Sherry AlHadad.

[GAMBAR] Lampu Dewan Tiba-Tiba Padam, Gurau Papa Mama Elly Mazlien, Silap Mata & Aura Filem Dukun Antara Rangkuman Corat-Coret ASK2018

Lelaki pengiring di ASK tahun ini yang menjadi ‘bahan’ Sherry kerana memiliki raut wajah yang ‘sharp’ ialah model dan pelakon baru meningkat naik, Ashraf Dasley.

Foto: Instagram TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI