Genap 57 tahun pada tanggal 21 April, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ada menitipkan pesan buat seluruh rakyat Malaysia.

Memetik laporan Astro Awani, Dr. Hisham hanya meminta rakyat Malaysia supaya dapat kekal duduk di rumah dan mengamalkan tahap kebersihan tertinggi.

“Sempena hari jadi saya, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” katanya.

Malah, tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham turut trending di laman media sosial.

Oleh itu, ramai rakyat Malaysia ketika ini mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan ucapan penghargaan buat Dr. Hisham termasuklah selebriti tempatan.

Memerusi ruangan Twitter, penyanyi, Nourul Wahab mendoakan semoga Dr. Hisham diberi kesihatan yang baik serta bahagia di dunia dan akhirat.

“Happy birthday Sir! @DGHisham

“Saya nak Dato jadi Menteri kesihatan. Komited dan berdedikasi.

IKLAN

“Saya anak nurse, anak buah ramai doktor. Perlukan menteri kesihatan yang sebegini.

“Semoga Allah rajmati dan diberi kesihatan yang baik. Bahagia di dunia & di akhirat. Aminn,” tulisnya

Sementara itu, Hafiz Hamidun juga ada menitipkan pesan buat figura hebat itu.

“Hadiah Istimewa Untuk Saya Ialah…,” – Trending Di Media Sosial, 5 Selebriti Ini Titip Ucapan Istimewa Sepena Hari Lahir Datuk Dr. Noor Hisham

“Selamat ulang tahun ke 57 Datuk. Moga terus diberikan kekuatan dan kesejahteraan dalam hidup, dimewahkan rezeki dan diberkati usia,” kongsinya.

IKLAN

Memerusi platform sama, penyanyi, Adibah Noor berharap agar DG Hisyam terus diberikan kekuatan dan kesabaran bagi mendepani segala hal yang mendatang.

“Happy birthday @DGHisham .

“May Allah shower you with an abundance of love, good health, strength, patience and happiness,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza menerusi entri terkini di laman Instagram menyifatkan pengarah kesihatan itu sebagai hero bagi seluruh rakyat Malaysia.

IKLAN

“Happy birthday to our hero. Semoga Datuk Seri Dr. Hisham sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah.

Pelakon, Zalif Sidek menitipkan ucapan terima kasih di atas jasa dan perjuangan Dr: Hisham dalam memerangi wabak COVID-19.

View this post on Instagram

Assalamualaikum Happy Birthday Hero Malaysia 🇲🇾 Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah 🎂❤️ Terima Kasih Atas Jasa & Perjuangan Datuk untuk Memerangi Covic 19 Habis Habisan! Kami semua Rakyat Malaysia diBelakang Same same & Berdoa utk Semua Pasukan Frontliners berjuang habis habisan hingga Peluh yg Terakhir demi kesejahteraan kite semua .. Insyaallah 🤲🏻 Semoga Datuk Sekeluarga & Semua Frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia diBawah Lindungan & DiRahmati Allah SWT #kitajagakita #wirakita #hapuskanCovic19 #PerangiHabisHabisan #StaySafe #StayAtHome #safeMalaysia @kementeriankesihatanmalaysia ❤️ . . Credit Photo – Zaim Studio repost by @noratamam_dw . . – Zalif sidek

A post shared by (zalif.sidek85@gmail.com) (@zalifsidek) on

Dr. Hisyam merupakan antara figura yang disegani ketika ini dan wajahnya sering dinantikan rakyat Malaysia setiap hari bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19.

Sebelum ini Dr. Hisham telah disenaraikan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani situasi pendemik dunia ini.

Sumber: Twitter & Instagram Artis Berkenaan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI