Pelakon Wanna Ali mengakui tiada istilah pilih kasih apabila mengambil keputusan untuk terlibat secara penuh dalam dunia lakonan sejak beberapa tahun lalu.

Meski ibunya merupakan seorang penerbit filem terkenal iaitu Datuk Ayu Putih, namun itu bukanlah alasan untuknya bersenang-lenang dan hanya menanti tawaran lakonan tanpa perlu berusaha.

“Saya sekarang dahulukan produksi luar, berbanding kerja dengan mama. Malah mama turut beri pesan pada saya agar cuba baik cari peluang di tempat lain terlebih dahulu,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Angkara Cinta.

Drama rantaian yang turut menampilkan Hun Haqeem dan Meerqeen bakal ditayangkan di saluran Astro Prima.

“Bukan sebab ‘cable’. Gila ke Michael Ang nak ambil saya berlakon kerana ‘cable’? No Way!

IKLAN

“Memang tidaklah sebabnya kalau dia tahu pelakon itu mampu bawa watak yang ditawarkan dan berpotensi, baru dia akan ambil berlakon.

“Sudah tentu saya juga lalui uji bakat sebagaimana pelakon lainnya juga. Saya rasa tidak pernah rasa ada pilih kasih.

“Malah kalau bekerja dengan produksi lain pun, kalau saya buat tidak betul akan kena tegur juga,” jelasnya.

IKLAN

Bintang berusia 23 tahun ini juga pada masa sama sebolehnya tidak mahu terlalu berkongsikan hal peribadi, bimbang andai ada yang cuba mengambil kesempatan.

“Malah kalau saya ke mana-mana sekalipun, saya sebolehnya nak elak orang tahu ibu saya seorang penerbit sebab sebelum ini pernah ada yang cuba untuk ambil kesempatan,” jelasnya.

IKLAN

Ditanya mengenai kehidupan peribadinya pula, Wanna yang baru sahaja putus cinta beberapa bulan lalu mengakui lebih selesa untuk memberi komitmen terhadap seni berbading memikirkan soal cinta.

“Saya masih solo ketika ini, tapi tak dinafikan adalah individu yang tengah saya rapat.

“Akan tetapi, saya pilih untuk tidak terlalu fokus mengenai hubungan. Buat masa sekarang saya nak beri tumpuan pada kerjaya.

“Kalau boleh nak kahwin terus, tak mahulah bercinta!,” jelas Wanna yang turut bersyukur atas penerimaan baik penonton terhadap filem lakonannya sebelum ini, Ada Apa Dengan Dosa yang ditayangkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First Jun lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI