Berita kematian ikon perfileman India, Sridevi dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Dubai pada 24 Februari lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarganya begitu mengejutkan ramai.

Malah, rata-rata penggiat seni seluruh dunia turut merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang. Malah, kematiannya juga turut diratapi sebilangan besar para peminat.

Dikenali sebagai antara ikon filem India kerana barisan filem hebat yang telah dilakonkannya, Sridevi turut dilabel sebagai antara pelakon prolifik yang pandai menari dan cukup sinonim menerusi menerusi perfileman Bollywood, Telegu, Tamil, Malayalam dan Kannada.

Genap enam bulan kematiannya, MH rangkumkan kembali 10 trivia mengenai bintang yang setia menggalas tugas sebagai pelakon sejak usia kanak-kanak lagi.

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

Sridevi  atau nama lengkapnya, Shree Amma Yanger Ayyapan memulakan kerjaya seninya sewal usia 4 tahun menerusi sebuah filem Tamil berjudul Thunaivan.

Sejak itulah, langkahnya dalam dunia perfileman di India cukup cemerlang dengan lebih 150 buah filem telah dilakonkannya. Antara filem yang menaikkan nama  Sridevi ialah Mr India, Nagina, Lamhe, Gumrah, Judaai dan banyak lagi.

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

IKLAN

Pernah mengambil keputusan untuk berehat secara mengejut dalam dunia lakonan sekitar tahun 1997 kerana dikatakan mahu memberi tumpuan kepada keluarga. Terdahulu, berita perkahwinannya bersama sutradara, Boney Kapoor turut mencetuskan sensasi di kalangan pencinta filem Bollywood.

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

Boney Kapoor merupakan abang sulung kepada dua aktor popular, Anil Kapoor dan Sanjay Kapoor. Pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jahnvi dan Khushi. Malah anak perempuannya juga baru saja selesai menjalani penggambaran filem debut di Bollywood.

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

Bagaimanapun sekitar tahun 2012 bintang ini kembali berlakon menerusi sebuah filem, English Vinglish. Sebelum itu, dia turut muncul sebagai penampilan khas menerusi beberapa program.

IKLAN

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

Setahun selepas itu, bintang yang dilahirkan pada 13 Ogos 1963 ini menerima anugerah Padma Shri daripada kerajaan India. Penghormatan tersebut merupakan yang keempat tertinggi diberikan kepada orang awam di negara berkenaan.

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

Sepanjang penglibatannya dalam seni, dia telah pun menerima lima anugerah di FilemFare dan pernah menjadi antara aktres yang menerima pendapatan tertinggi di dalam setiap filem yang dilakonkan pada era 80 dan 90-an.

Di Malaysia, antara filem yang cukup sinonim dengan Sridevi ialah Nagina, sebuah filem fantasi mengenai ‘Perempuan Ular’. Filem arahan Harmesh Malhotra itu turut dibarisi pelakon popular lain seperti Rishi Kapoor, Amrish Puri dan Prem Chopra. Filem tersebut juga menjadi antara filem terlaris Bollywood pada era tahun 80-an.

IKLAN

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

Atas lakaran sukses yang dilakar bintang ini menerusi beberapa buah filem Bollywood sekitar tahun 80-an, sebuah majalah yang menampilkan dirinya sebagai penghias muka depan turut menggelarkan Sridevi dengan gelaran “Unquestionably No.1” dan kematiannya turut diberi penghormatan di Oscar tahun ini.

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

Pada tahun 2011, aktres popular, Kareena Kapoor turut ekspresikan penghormatan buat Sridevi apabila melakukan persembahan khas buat pelakon tersebut di Anugerah Global Indian Film and Television dan mengatakan Sridevi merupakan antara sebab mengapa wanita seusianya mahu menjadi seorang pelakon.

Genap 6 Bulan Kematian, Sridevi Kekal Dalam Ingatan. Ini 10 Trivia Mengenainya

Foto: Sumber Google

https://www.youtube.com/watch?v=BQ44Ibbfqn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI