Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-10, pengarah Datuk Yusry Abdul Halim menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta, Datin Lisa Surihani.
Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya, Yusry meluahkan rasa bersyukur dan terharu kerana memiliki Lisa sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata.
Pada masa sama, pengarah berusia 49 tahun ini menyifatkan pelakon filem Lagenda Budak Setan itu sebagai insan paling berharga dan bermakna.
Yusry turut dilihat menghadiahkan sebentuk cincin kepada Lisa ketika meraikan ulang tahun perkahwinan bersama di sebuah kedai barangan kemas.
Ads
“10 tahun dah kita hidup bersama. And throughout it, there isn’t a single minute that I don’t feel like the luckiest guy in the world.
“Thanks for the wonderful & meaningful times spent together. Thanks for always being there for me & our children.
“You are such a wonderful person to be spending my life with; you are a fabulous & loving mother to our 3 beautiful kids.
Ads
“Really don’t know how else to express my feelings as I am so deep in gratitude. Thank you dear.
“I love you & am madly in love with you. Selamat Hari Kita 10 sayang,” tulisnya.
Meski masih meneruskan rawatan sebagai ikhtiar bagi mengesan mengesan penyakit misteri yang dihidapi sejak tahun lalu, pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan dia bakal terlibat di dalam sebuah filem biografi bulan hadapan.
Terus bersemangat dan optimis di dalam meneruskan usaha dakwah, Ustaz Kazim,49, menyifatkan setiap ujian yang datang pasti ada hikmah.
“Allah SWT ‘bagi’ saya sakit macam-macam sebab Dia nak berikan hikmah lain. Itu yang merawat hati saya dan saya bersangka baik. Saya anggap dosa saya banyak, jadi ini suatu perkara yang menghapuskan dosa.
“Ada orang tanya, ustaz sakit dalam tiga empat bulan ni, apa benda yang Allah berikan pada pada ustaz. Saya dapat tawaran berlakon filem, jadi hero. Yang mana ia sebuah filem biografi tentang saya,” katanya.
Ustaz Kazim memaklumkan berita gembira itu ketika ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Susu Kambing Faa-iz di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah, baru-baru ini.
Turut dianjurkan di dalam program sama ialah Forum Perdana Israk Mikraj.
Beliau bagaimanapun belum boleh berkongsi secara terperinci mengenai butiran filem yang dijangka menjalani penggambaran dalam tempoh terdekat itu.
“Saya bersyukur pada Allah SWT. Rasanya setakat ini di Malaysia, cerita yang pertama tentang ustaz. Kehidupannya sejak kecil sehinggalah sekarang.
“Pengarahnya biarlah rahsia dulu, insyaAllah bila ada majlis pelancaran pada Mac nanti pihak terbabit akan kongsikan.
“Setakat ini saya sudah buat skrip, pihak mereka juga sudah hantar pada saya sinopsisnya. Tinggal lagi untuk memulakan penggambarannya sahaja, insyaAllah,” katanya lagi.
Sementara itu, pelancaran tiga perisa baharu Susu Kambing premium berkenaan dilihat mampu mewujudkan ekosistem janaan ekonomi serampang dua mata.
Menurut Pengerusi KIDaF, Ustaz Haji Jafri Abu Bakar@Mahmud, susu berkenaan awalnya dilancar tanpa perisa khusus selama setahun.
“Menerusi anak syarikat Al-Faizin Marketing, kita bermula dengan susu Faa-iz biasa tanpa perisa sehingga pada suatu ketika kami merasakan ada keperluan untuk mengeluarkan susu berperisa.
“Jadi tiga perisa yang kita lancarkan adalah coklat, vanilla dan strawberi, terhasil daripada kajian secara rambang ke atas pengguna dan pengedar susu Faa-iz,” katanya.
Berpandangan jauh, Ustaz Jafri turut memikirkan alternatif lain bagi meneruskan operasi madrasah serta pendidikan para pelajar yang menghafaz al-quran di Darul Faizin agar tidak hanya bergantung dengan sumbangan ramai semata-mara.
Cara terbaik adalah dengan memulakan perniagaan memandangkan KIDaF tidak mengenakan yuran kepada pelajar.
“Demi kelangsungan operasi dan selepas berbincang, kami merasakan minuman susu adalah paling sesuai dan susu yang terbaik adalah susu kambing sebab mungkin ada yang tidak tahu akan kelebihan susu kambing sebagai ‘Miracle Food’.
“Jadi sesiapa yang membeli barangan menerusi syarikat ini (Al-Faizin Marketing) secara tidak langsung turut menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan KIDaF.
“Ia sememangnya milik madrasah, sekali gus membezakan antara perniagaan yang dibangunkan oleh individu yang meletakkan peratusan ke atas sumbangan berbanding Al-Faizin Marketing yang dibangunkan oleh KIDaF,” katanya lagi.
Produk susu kambing yang diformulasi menggunakan bahan-bahan premium seperti beras perang, ginko biloba, garam bukit serta kurma yang mampu membekalkan tenaga ini boleh dimiliki dengan harga RM45.00 sekotak dan RM39.90 sekiranya mendaftar sebagai ahli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, penyanyi senior, Aishah Ariffin meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang individu yang dikatakan telah memadam lirik video lagu terbarunya yang berjudul Ketentuan Takdir di aplikasi Youtube yang dimuat naik lebih kurang seminggu yang lalu.
Menurut Aishah, dia hanya meminta individu berkenaan untuk menukar tajuk video tersebut daripada ‘official music video’ ke ‘official lyric video’, namun, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, individu berkenaan telah pun memadam keseluruhan video tersebut.
Katanya lagi, meskipun video tersebut baru sahaja meraih hampir 6,000 jumlah tontonan, namun, dia merasakan segala usahanya untuk merakamkan lagu tersebut seperti langsung tidak dihargai.
“Kalau dibandingkan dengan penyanyi baru, 6,000 bukan isu besar tetapi untuk orang macam saya, kami kena berkerja keras untuk mempromosikan lagu tersebut.
“Kamu tidak boleh semudah-mudahnya memadam video saya seperti itu. Sekarang ini saya kena mula semula daripada awal.
“Dikesempatan ini, saya berharap agar para peminat dapat menyokong artis lama macam kami ni. Kami ini tak tahu nak bergerak ke mana dah untuk dapatkan views.
“Kami cuba sedaya upaya untuk bersaing dengan artis-artis baru. You can not fu*k up like this,” katanya di Instagram.
Terbaru, menerusi entri terkini di laman Instagram, Aishah mendedahkan dirinya amat terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para peminatnya terhadap single terbaharunya itu yang telah pun dimuat naik semula di laman Youtube.
Tambahnya lagi, dia kini reda dengan segala dugaan tersebut dan memaklumkan individu yang memadam video berkenaan turut telah tampil membuat permohonan maaf.
Dalam pada itu, Aishah turut menafikan insiden ini hanyalah sebagai gimik bagi manaikkan jumlah tontonan semata-mata.
“Terharu di atas sokongan yang diberikan. Terima kasih kepada yang ‘hadir’ memberikan sokongan views selepas kejadian deleted video. Semoga lagu ini benar-benar mendapat tempat di hati pendengar.
“Ini bukan satu drama untuk meraih views tetapi benar-benar berlaku di atas kecuaian pihak yang sepatutnya hanya menukar perkataan ‘official music video ‘ kepada ‘lyric video’.
“Tapi pihak tersebut pun sudah memohon maaf di atas kesilapan tersebut. Jadi kita move on,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Takdir Tertulis merupakan yang ditulis oleh Habsah Hassan dan dikompos oleh Chevy Amry.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon sasa, Zul Ariffin memberi penjelasan susulan aksi mesranya yang dilihat mendukung seorang wanita menerusi video promosi produk bengkung yang tular di laman media sosial.
Menurut aktor erusia 36 tahun itu, apa yang berlaku sebenarnya berlaku secara spontan ketika sesi rakaman video itu dijalankan.
“Pada awalnya, sebelum sesi rakaman video diadakan memang kami sudah ada perancangan untuk penghasilan video berkenaan.
“Tetapi ketika sesi rakaman video itu dijalankan, secara tiba-tiba dan spontan idea babak tersebut muncul untuk menambah baik lagi penghasilan video berkenaan supaya nampak lebih menarik,” katanya.
Zul berkata demikian ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta bengkung keluaran jenama Superwoman di Concorde Hotel, Shah Alam.
Dalam pada itu, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin menambah, dia bersikap terbuka dan tidak berasa bimbang mengenai penerimaan ramai terhadap tindakannya itu.
“Sudah semestinya, apabila video itu keluar pasti akan jadi perhatian ramai. Bagi saya, apa sahaja orang nak cakap mengenainya atau bagaimana orang luar untuk menerimanya, itu subjektif.
“Sebenarnya, apabila ada orang bercakap mengenai hal ini sejujurnya ini adalah satu pertunjukan perniagaan.
“Kami memang tidak ada niat atau sengaja untuk merakam babak tersebut supaya video itu jadi tular, tapi kami buat untuk promosi produk,” jelasnya lagi.
Mengulas mengenai pembabitannya sebagai duta produk tersebut, Zul terharu atas kepercayaan yang diberikan selain percaya, penggunaan
bengkung sebenarnya tidak hanya khusus untuk kaum wanita semata-mata.
Sebaliknya, ia boleh juga digunakan oleh kaum lelaki terutama untuk tujuan sokongan tubuh badan agar lebih tanpak tegap dan ‘fit’.
“Saya juga menyukai produk bengkung yang banyak membantu saya bersenam di gimnasium walaupun saya akui, tak kongsikan aktiviti seaman saya di media sosial. Saya jenis suka buat secara senyap.
“Tetapi untuk ini, tak lama pun saya ambil masa untuk bersetuju sebab memang menggunakan bengkung untuk tujuan sokongan tubuh badan.
“Senang bekerjasama dengan pasukan Superwoman dan saya juga menyukai produk bengkung yang dikeluarkan. Semestinya, saya mahukan sesuatu yang berkualiti kerana turut menggunakan nama saya sebagai duta,” katanya lagi.
Pengacara terkenal, Awal Ashaari mengakui dirinya masih mempunyai keinginan untuk menimang seorang lagi cahaya mata bersama isteri yang juga pelakon, Scha Alyahya.