Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-6, isteri kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, iaitu Shadila Halid ada berkongsi cerita bersama peminatnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Shadila menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik serta sentiasa bersamanya ketika senang dan susah.
“6 tahun lalu” Aku Terima Nikahnya Shadila Binti Halid … “. Bersama ketika naik dan turun, baik dan buruk, lalui semua itu bersama.
“Saya sangat gembira Allah memilih awak untuk menjadi suami saya .. kadang-kadang saya melihat awak dan terfikir “Saya sudah melakukan sesuatu yang betul tetapi apa?”
Ads
“6 tahun perkahwinan tetapi terasa seperti saya mengenali anda sepanjang hidup saya. Suatu hari kita akan duduk bersama di Syurga dan memikirkan hari ini..dan mengatakan “ingat ulang tahun ke-6 kita?
“Wah .. bagaimana masa telah berlalu. Kami hanya amatur .. dan hari ini adalah tahun ke-299999 kami bersama. Saya sangat menyayangimu. ” in shaa Allah dan Ameen!
“Selamat ulang tahun ke-6, sayang … hingga selamanya. @alifsatar #AlifShad,” tulisnya.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat mendoakan agar mahligai cinta pasangan ini kekal bahagia selamanya.
Ads
Imbas kembali, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata bernama Alisha Anugerah, 5, dan Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, setahun.
Foto: Instagram Shadila Halid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Debarannya kian terasa. Kurang daripada 24 jam sahaja lagi, kita akan ketahui siapakah yang bakal dinobatkan selaku juara edisi pertama pencarian Ratu Hijabista 2020 pada pentas akhir malam ini.
Turut memeriahkan episod akhir, Ratu Hijabista 2020 bakal diserikan dengan persembahan pemenang Top Top Meletop Anugerah Meletop Era 2019, Khai Bahar.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Katanya, Khai akan membawakan lagu Gadis Melayu yang dipopularkan oleh penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah. Memang kenalah dengan semua ratu-ratu kita malam ini.
Macam mana agaknya Khai akan bawakan lagu ini dengan versinya sendiri? Nak tahu, kenalah tonton versi penuh malam ni.
Jika kita ada pememang Top Top Meletop ketegori lelaki, tak sah la kalau tiada pemenang ketegori wanitanya pula. Ya, penyanyi, Siti Nordiana turut bakal membuat penampilan istimewa pada malam ini.
Bakal membawakan lagu Gadis Dan Bunga yang pernah dipopularkan oleh penyanyi senior, Rahimah Rahim, persembahan Nana pastinya akan mempesonakan para penonton di studio dan juga di rumah.
Dalam pada itu, Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 bakal dihangatkan lagi dengan persembahan daripada penyanyi yang juga merupakan juri tetap program nyanyian Big Stage 2020, Faizal Tahir.
Dengan membawakan single popularnya yang berjudul Ratu, persembahan Faizal ini pastinya akan menjadi antara momen-momen indah buat kesemua finalis Top 12 Ratu Hijabista yang telah bersaing selama lapan minggu.
Empat orang finalis akan berentap pada malam ini namun, hanya seorang sahaja yang bakal dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Saksikan Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 yang akan dipancarkan secara lansung di Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go, jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Sharol Shiro ada berkongsi cerita apabila saat pertama kali berkenalan dengan penyanyi dan juga hos, Alif Satar.
Menurut Sharol, ketika pertama kali mereka digandingkan menerusi sebuah program, dia pada awalnya memutuskan untuk menarik diri kerana bimbang sukar untuk mendapatkan ‘chemistry’ bersama Alif.
“Saje nak bercerita, 2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar.
“Kitorang digandingkan dalam sebuah program ‘Sukalattew’.
“Minggu pertama sebelum start program tu aku try la berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap omputih. Siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes kat aku.
“Dalam hati ‘poyo gila mamat ni’. Ni kompom jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun kat KLCC ni.
“Minggu tu aku mintak nak tarik diri sebab taknak partner ngan mamat ni. Rupanya dia pun sama, taknak partner dengan aku juga.
“Katanya aku macam budak kampung. Sikit-sikit sebut nama Kluang. Macam la ada pavillion kat kluang tu,” tulisnya.
Bagaimanapun, tanggapannya terhadap Alif meleset selepas mereka dilihat semakin rapat hari demi hari.
“Bos dah pening kepala. Dia cakap try la sampai sebulan dulu. Pelan-pelan kenal satu sama lain. Aku pun setuju. Hadap je la dia berbual dan try kenal dia lebih rapat.
“Rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh. Kepala sama jer gila-gila dengan aku.
“Break masa reasal akan solat asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini. Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat,” kongsinya lagi.
Menurut anggota kumpulan lawak, Shiro itu lagi, insiden tersebut telah mengajarnya untuk tidak menilai seseorang daripada luaran sebaliknya harus mengenal hati budi terlebih dahulu.
“Masa aku kahwin dia la pengapit aku. Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program ‘Sukalattew’. Terus terang air mata jantan masing2 jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada diatas pentas yang penuh kenangan bersama.
“2020 masing-masing dah berkeluarga. Cara berbual pun dah ke arah bapa-bapa. Tapi gila-gila masih ada. Terima kasih kerana sudi hadir ke Johor bersama @majestic_johor .
“Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain. Kita kenal dan nilai sendiri.
“Semoga berjaya @alifsatar dalam setiap apa yang kau lakukan. Doa aku yang baik sentiasa mengiringi kau sekeluarga,” akhirinya.
Tersentuh melihat posting berkenaan, ini reaksi balas yang diberikan oleh hos program Big Stage itu;
“Sahabat, aku ingat lagi kau punya kepala gila nak melayan aku datang Kluang, sebelum kau nak gi menikah malam tu, petang siap bawa aku dengan @shadilahalid makan nasi kambing 40 hari.
” @anna_danisha pulak masa tu dok risau je sebab hantaran kau untuk dia tak beli lagi.
“Banyak moment kita share sebenarnya bro, tapi nanti kita sembang internal dengan anak-anak pulak!
“Thanks Ji bawa aku jalan-jalan dengan @majestic_johor . Semoga Allah makbulkan doa kau untuk kita semua. aameen,” balasnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos dan penyanyi Taiwan, Alien Huang dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat mengalami kemalangan selepas terjatuh rumahnya di Taipei, pada Rabu.
Memetik Taiwan’s state Central News Agency (CNA), bintang berusia 36 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di apartment yang didiami mendiang di bandar Taipei, kira-kira pukul 11 pagi pada Rabu (waktu tempatan).
Difahamkan ketika ditemui, Huang berada dalam keadaan terbaring di bilik tidur, di laluan berdekatan bilik air dengan air yang masih terpasang.
Huang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas.
Tiada sebarang objek atau kesan mencurigakan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, punca kematiannya masih disiasat dan proses autopsi mayat dijangka akan dilakukan pada Jumaat.
Untuk rekod, Huang memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2006 lalu.
Mendiang sinonim menerusi program 100% Entertainment dan pernah mengeluarkan beberapa buah album selain pernah menganggotai beberapa kumpulan boy band.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.