Penyanyi yang kini sinonim menerusi lagu Police Entry, Elizabeth Tan mengakui ada ketikanya, dia ada terfikir untuk menggunakan aplikasi media sosial mencari kenalan seperti Tinder bagi memudahkan dirinya untuk mencari teman.

Akuinya kepada MH, hingga kini dia tidak ada mana-mana lelaki yang boleh dikatakan sebagai teman hidup, apatah lagi untuk memberitahu dia kini sudah ada calon suami.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terbabit pernah putus cinta tidak lama dulu, dipercayai berpunca daripada orang ketiga.

IKLAN

“Saya memang jarang keluar rumah. Kalau keluar pun hanya untuk urusan kerja, diteman pengurus saja. Habis kerja saya balik dan lepak di rumah saja. Jadi memang peratusan untuk ada teman lelaki itu kurang. 

 

“Nak kata tidak ada yang cuba mahu dekati tu, adalah tetapi ia bukanlah pada suatu yang boleh saya anggap sebagai serius. Hanya kawan-kawan saja,” katanya kepada MH.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini ditemui sejurus selesai program rakaman program YouTube MH, The Stage di Shah Alam baru-baru ini.

IKLAN

“Bayangkan hingga ada ketikanya, saya terfikir untuk buat akaun Tinder misalnya. Untuk cari kenalan. Manalah tahu kot-kot ada yang sesuai dijadikan teman lelaki.

 

“Tapi itulah bila fikir balik, tak jadilah nak buat sebab takut. Sekarang ni, apa sahaja boleh jadi viralkan,” selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Lizzy yang bakal terlibat menerusi sebuah drama bersiri bersama Syafiq Kyle, bakal muncul dalam sebuah filem seram, Misteri Delaila awal tahun hadapan.

IKLAN

Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah aktor, Zul Ariffin.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/418449692013464/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI