
Penampilan isteri Kanye West, Bianca Censori, di karpet merah Anugerah Grammy ke-67 baru-baru ini mencetuskan kontroversi.
Tampil dengan busana kot berbulu penuh pada mulanya, Bianca kemudiannya dengan berani membuka kot di hadapan jurukamera menampilkan keseluruhan tubuhnya termasuk bahagian payudara dan alat sulit.
Bukan langsung tidak berpakaian, namun busana yang digayakannya merupakan helaian transparent direka sebagai top dan juga skirt pendek.
Kanye West pula yang dilihat seolah-olah mengarahkan isterinya untuk beraksi di hadapan kamera memakai busana t-shirt dan seluar serba hitam.
Penampilan pasangan sensasi itu bagaimanapun hanya lebih kurang 45 saat sahaja di karpet merah sebelum mereka berlalu pergi.
Tindakan tersebut mencetuskan persoalan bahawa mereka telah dihalau keluar kerana gimik yang ditampilkan selain tdikatakan idak dijemput ke acara berprestij itu.
Walau bagaimanapun, situasi sebenar bukanlah seperti yang diperkatakan. Sebaliknya pasangan itu meninggalkan majlis itu tanpa dipaksa selepas berjalan di karpet merah.
Mereka dilihat meninggalkan majlis dan memasuki kenderaan sebelum berlalu pergi tanpa menyertai kemeriahan anugerah tersebut.
Biarpun tidak hadir ke acara utama, lagu nyanyiannya bersama Ty Dolla berjudul Carnival tercalon dalam kategori lagu rap terbaik. Walau bagaimanapun, lagu tersebut tewas kepada lagu Not Like Us nyanyian Kendrick Lamar.
Imbas kembali, Kanye berkahwin dengan Bianca yang merupakan model asal Australia pada tahun 2023, setahun selepas bercerai dengan Kim Kardashian.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI