Pelakon, Shima Anuar tidak dapat menyembunyikan rasa sebaknya bagi meraikan ulang tahun pertama anak, Marian Sophia.
Menerusi entri di laman Instagramnya, Shima menulis kapsyen panjang khas buat puteri tunggalnya itu.
“Kepada anakku Marian Sophia, hari ini, 12 Disember 2018 adalah hari lahir pertama kamu. Cepatnya masa berlalu. Mummy sangat seronok tapi juga sedikit emosional.
“Sayang mummy, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa mummy menyayangi kamu. Mummy sayangkan kamu sepenuh hati mummy.
“Mummy sangat gembira dengan adanya kamu dalam hidup mummy dan sanggup lakukan apa sahaja untuk kamu sayang. Apa sahaja.
“Terima kasih untuk semua perkara lucu yang kamu lakukan, ia membuatkan mummy senyum dan berasa gembira. Sayang, mummy doakan yang terbaik untuk kamu di dunia ini.
“Jadi anak yang baik, yang hormat kepada orang tua dan kepada semua orang. Membesar dengan sihat dan bijak. Semoga ALLAH SWT merahmati kamu sentiasa.
“Mummy sayangkan kamu. Selamat hari lahir! #Donelapairmata #mariansophiaturn1,” tulisnya.
Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada April 2017. Suaminya merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Malah, pelakon ini turut berkongsi foto sambutan hari jadi anak kesayangannya itu.
Semalam bermulanya jualan tiket untuk konsert Blackpink 2019 World Tour (In Your Area) di Malaysia.
MH difahamkan ada para peminat yang sudah menanti di hadapan pintu masuk pusat membeli-belah sejak jam 8 pagi lagi hanya untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan sendiri kelibat artis kesayangan mereka secara realiti.
Ada yang berjaya mendapatkan tiket namun ada yang mampu mengalirkan air mata apabila gagal memperolehi tiket yang habis terjual kurang dari sejam!
Bagaimanapun, muncul pula ulat-ulat tiket yang menjual kembali tiket itu dengan harga yang melampau tingginya.
Untuk pengetahuan, harga tiket asal konsert tersebut adalah dalam linkungan RM373 hingga RM693 sahaja namun harga yang dikenakan oleh ulat tiket itu bermula RM1,000 hingga RM11,000!
Lebih mengejutkan apabila tiket-tiket yang dijual ulat tiket juga laris dan ada pembeli meski harganya berbeza.
Apa-apapun, MH faham ada peminat sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat melihat grup kesayangan mereka di depan walaupun berhabis beribu-ribu ringgit kan?
Konsert Blackpink bakal berlangsung pada 23 Februari di Stadium Malawati, Shah Alam dan dibawakan oleh MacpiePro.
Foto/ Facebook: MacpiePro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya