Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkongsi perkembangan terbaru pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy saat melawatnya di penjara di Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Awani, dikhabarkan bahawa kesihatan anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu mengalami masalah kesihatan akibat penyakit asma yang kronik.

Dia juga dikhabarkan sering mengalami kesukaran bernafas hingga hampir disahkan mengidap penyaki batuk kering atau Tibi.

Berdepan dengan hukuman akibat kesalahan menyeludup dadah, Benjy juga dikatakan mempunyai masalah kewangan yang kritikal.

Susulan itu, Zed juga turut berkongsi surat tulisan tangan Benjy kepada umum.

IKLAN

“To all friends and fellow actors, performers and those alike, Aku lama lagi kat sini, so please doakan yang kesihatan aku gets better sebab I need to be healthy to survive here.

“Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudahkan,” tulisnya.

“Lama Lagi Kat Sini, Doakan Kesihatan Aku Makin Pulih,” – Zed Zaidi Kongsi ‘Surat Dari Penjara’ Benjy Di Indonesia

IKLAN

Dalam pada itu, Zed turut berkongsi momen saat dia dan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah saat melawat Benjy tempoh hari.

“Sewaktu kita secara peribadi bertemu dengan Benjy, dia terus peluk saya dan tidak melepaskan saya

IKLAN

“Dia memberitahu dengan nada sebak, ini kali pertama menerima lawatan dan kenalan dari Malaysia,” kata Zed lagi.

“Lama Lagi Kat Sini, Doakan Kesihatan Aku Makin Pulih,” – Zed Zaidi Kongsi ‘Surat Dari Penjara’ Benjy Di Indonesia

Sebelum ini, Benjy dipenjara 11 tahun di Indonesia ata kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam duburnya Oktober lalu.

Foto:Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI