Menjelang Syawal,pastinya perkara yang ditunggu-tunggu adalah pemberian duit raya; khusus buat kanak-kanak.
Lihat sahaja wajah riang dan senyuman mereka tatkala menerima sampul raya berwarna-warni.
Dalam pada itu, anak kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B turut sama memberikan duit raya kepada sanak-saudara meski usianya baru 14 tahun.
Ads
“Spo nak duit raya..Jmp Cik B. Ha ha…Boleh bg duit raya Cik B.
“Baju raya tetap nak pakai seluar @cikb_havoc66
Ads
“Cik B & Kacak raya kat kampung Kelantan,” kongsi DSV di Instagramnya.
Pelakon, Shima Anuar ada berkongsi sekeping foto yang menperlihatkan perbezaan berat badannya sewaktu mengandungkan anak pertama dan kedua.
Kedua-dua foto tersebut diambil ketika usia kandungan mencecah 32 minggu. Lalu, menerusi ruangan kapsyen, bintang Highland Towers itu meminta peminat untuk berkongsi apa yang ingin disampaikannya.
“Maksudnya apa..? Sila comment mitos, fengsui, ramalan anda dibawah. Kita lihat siapa yg kena,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan tanda palang #justforfun #janganserioussangat.
Baru-baru ini, penampilan pelakon genit, Ruhainies pada pelancaran produk kosmetik jenama antarabangsa di Bangkok, Thailand, baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai netizen.
Ruhainies seperti yang dipetik BH Online memberitahu, ada di antara pengikutnya di media sosial yang membayangkan baju rona hitam yang dipakainya saling tak tumpah macam nak pergi rumah terbuka saja.
“Mereka (netizen) kata (penampilan) saya macam hendak pergi rumah terbuka. Sedangkan bagi saya, pakaian itu sopan dan tidak berlebih-lebih.
“Ketika itu, saya tidak sibuk lalu sempat membalas komen. Saya tanya kembali pengikut, takkan saya hendak pakai bikini pula? Walaupun saya tidak bertudung, saya tidak seksi.
“Pakai skirt pun sampai paras lutut… Penampilan saya ada hadnya,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, ada pengguna Twitter yang turut membuat perbandingan gaya pelakon drama berkenaan dengan dua lagi selebriti yang diundang ke majlis sama.
Mengulas hal tersebut dengan lebih lanjut, bintang Cik Misi berusia 26 tahun itu memberitahu dia selesa menjadi diri sendiri.
“Walaupun saya dikelilingi wanita ‘daring’ dan ‘hot’, tidak bermakna saya perlu ikut penampilan mereka.
“Saya suka melihat mereka yang tampil menawan. Bagi saya, itu terpulang pada kehendak masing-masing. Mereka ada pendirian sendiri, begitu juga saya.
“Misalnya, saya memiliki perniagaan sendiri dan dikelilingi orang yang minum (mengambil alkohol). Tetapi, saya tak perlu ikut cara mereka.
“Benar, ada masanya, imej saya terbabas. Pastinya, ibu saya yang akan menegur,” jelasnya lagi.
Bagi wanita hamil pasti akan melalui persaan yang berbaur sementelah menantikan detik bersalin.
Lalu, pelbagai persiapan perlu dilakukan memandangkan usia kandungan sudah mencecah usia 9 bulan.
Mungkin itulah yang dirasai pelakon, Izreen Azminda.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram.
Pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi yang kini dia sedang buat membuat persiapan kelengkapan untuk bersalin memandangkan kandungan dia kini sudah mencecah usia 9 bulan.
“Bila dah nk masok 9bulan ni.. Semua benda dah kena prepare.. Utk #babyA semua dah tersedia.. Utk mama pun ada..Lega rasa.
“Tq @audelianaturals tak sabar nk cuba.. Sbb feedback dari mommies2 yg dah guna produk @audelianaturalssemua letop!,” tulisnya.
Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.