Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak menafikan, majlis persandingan semula bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz adalah sebagai menunaikan hasrat Allahyarham bapa, Datuk Yaakob Mohammad.
Malah, majlis yang diadakan awal malam tadi juga merupakan simbolik kepada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13, memetik mStar Online.
Tambah Fazley, arwah bapanya pernah berpesan meminta mereka untuk bersanding semula dan amanat tersebut sekali lagi disampaikan seminggu sebelum kematian Allahyarham pada 8 Februari 2016.
Terdahulu, kira-kira 350 tetamu terdiri daripada keluarga, kenalan dan rakan media hadir meraikan sesi resepsi yang bertemakan tradisional moden itu.
Ads
Pelbagai pengisian menarik sepanjang majlis, termasuk memori rakaman ucapan istimewa ucapan arwah bapa Fazley pada majlis persandingannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 13 tahun yang mengundang rasa sebak di hati para tetamu.
Dilangsungkan di Laman Lanai Neo Damansara, pasangan ini bernikah pada 7 November 2005.
Sama cantik sama padan, berikut merupakan foto-foto istimewa sepanjng majlis berlangsung.
Pelakon, Mawar Rashid sentiasa mendoakan kebahagian berpanjangan buat abang iparnya, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Kisahnya, Mawar juga sempat muat naik foto bersama pasangan itu semasa majlis persandingan semula mereka pada Rabu.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Persandingan semula #Fazrene13. Semoga perkahwinan Balong & Kaklong sentiasa dirahmati ALLAH SWT dan berbahagia hingga ke Jannah. Amin,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mengatakan bahawa raut wajah Mawar dan Azrene kelihatan seiras.
Mawar sebelum ini berkahwin dengan adik Fazley yang juga merupakan seorang pelakon, Raf Yaakob pada November 2017. Dia kini sedang hamil anak pertama mereka.
Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3 tahun.
Bagaimanapun, anak kepada Raf tiba-tiba meminta agar ibu dan bapanya pula yang bersanding.
Menerusi satu video yang dimuat naik pelakon drama Awak Suka Saya Tak itu di laman Instagramnya, kelihatan kedua-dua anak Raf memohon agar papa dan mummy bersanding semula agar mereka dapat menghadiri majlis tersebut.
“Ok so @raysaachanela wants me and @mawarashid to get marry again. So she and @radenrayyan can attend this time.
“Cos they didn’t attend #MawaRafReception last year. In her mind, surely that place have swimming pool and then she want to terjun blub blub blub.
“I said can, lepas your mummy Rose gave birth to your adik (10th anniversary perhaps). And then Ksya added…”But we must buy kampung first”. Puas kami pikir apa itu kampung. Rupa-rupanya, she meant CROWN,” tulisnya di kapsyen.
Umum mengetahui pelakon dan pelawak, Zizan Razak merupakan seorang selebriti yang cinta akan sukan permotoran.
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa Zizan selalu berkongsi mengenai minatnya itu bersama pengikutnya di media sosial.
Terbaru, Zizan ada memuat naik sebuah video yang memaparkan pelakon tersebut sedang memandu uji jentera barunya Yahama Y150 yang telah siap dimodifikasi.
Pelakon, Mia Ahmad menegaskan tidak akan mengambil kisah tentang apa yang diperkatakan segelintir pihak sebaliknya rela melakukan apa sahaja demi menyelamatkan rumah tangganya bersama suami, Izham Tarmizi Roslan.
Menurutnya, orang ramai boleh bercakap apa sahaja mengenai rumah tangganya tetapi hanya Allah sahaja tahu perkara yang sebenar.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Mia menerusi Instagram story miliknya.
“You can say whatever you want because I know I am the one who allowed you people to talk and I knew it already, I know what I’m doing and the consequences.
“Only Allah, me, him and her know the truth. I’ll do whatever it takes to save my marriage. People don’t know I am going through. They don’t feel what I feel.
“I somehow thank to social media for make things easier (of course there’s pros and cons) so what next,” tulisnya.
Tambah isteri kepada penjaga gol utama pasukan Johor Darul Takzim itu, orang ramai tidak mengetahui apa yang telah dia rasai dan lalui selama ini.
Terdahulu, rumah tangga Mia dikatakan sedang bergolak selepas pelakon tersebut bertindak memadam semua gambarnya bersama suami selain turut memuat naik beberapa entri sedih di laman Instagram.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...