Usahawan kosmetik, Nur Sajat dilihat gembira memuat naik satu foto ketika dia bercuti di luar negara, baru-baru ini.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyennya yang memberi ‘hint’ bahawa seseorang cuba kembali dalam hidup figura yang terkenal dengan lagu Bobo Di Mana itu semula.
“People always wanna come back into your life when they see you looking good or doing good without a team…. Tiber!!!,” tulisnya.
Baru-baru ini pelakon, Azrel Ismail ada mendedahkan hubungannya bersama aktres, Ruhainies berakhir mungkin disebabkan dirinya tidak berharta.
Lantaran itu, kenyataan kekasih Ruhainies yang dikenali sebagai Elf Johan sepertinya responnya mengenai isu tersebut.
Meski tidak menyebut nama sesiapa, namun ada meneka ia ditujukan buat pelakon lelaki berkenaan.
Berkongsi di laman Instagram baru-baru ini, Elf memaklumlan, semua orang berhak memberikan pendapat mereka tetapi harus diingat segala perkara di dunia ini ada batasnya.
“Everyone has their opinion in life, tho there is a limit in certain things. Being judged and criticized for something that is not true is menuduh and fitnah. Even the Qur’an says defamation is not forgiven lightly.
“She fell in love with me through who I am. Not for my HARTA but the bigger picture in life. What I’ve done, what I a’m and capable of doing. Which is giving my all, the best there is. I give the best for her because she deserve the best. She deserve everything,” tulisnya.
Jelas Elf lagi, Ruhainies jatuh hati padanya bukanlah disebabkan harta tetapi kerana kebolehannya untuk sentiasa menjadi yang terbaik untuk pelakon tersebut.
Alahai, manis sungguh ucapan Elf ni ye! Apa-apa pun, kita doakan sahaja yang terbaik buat kedua-dua pasangan ini.
Foto: Twitter Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Izzue Islam telah mengejutkan orang ramai apabila dia membuat pengakuan akan mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen sebaik sahaja Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirai malam ini.
Jelas Izzue ketika bersiaran langsung menerusi GV Live+ yang dihoskan Vicca dan Ali, dia memberitahu bahawa pengundurannya itu disebabkan tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain dan telah bersedia untuk membawa haluan sendiri.
“Apabila persefahaman tidak ada, lebih baik saya undur diri.
“Benda ini pernah jadi beberapa kali dan saya tidak mahu ia berulang kembali,” katanya tenang.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan menjelaskan bahawa pengundurannya bukan disebabkan kegagalan Forteen untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza 5, sebaliknya dia tidak lagi sesuai untuk kekal dengan kumpulan tersebut.
“Sejujurnya, saya memang tidak layak untuk menyertai Gegar Vaganza kerana kualiti persembahan saya kurang bagus.
“Saya serius. Cukuplah setakat sampai di sini. Lagi pun Foreteen dah wujud sejak tahun 2011 lagi,” kata Izzue lagi.
Untuk rekod, lagu Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh antara lagu hits kumpulan yang terdiri daripada daripada Amer, Ariz dan One.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi yang terlepas cerita hiburan semalam, jom MH senaraikan TOP 5 kisah seni yang berlaku semalam. Macam-macamlah!
1. Rancang Kahwin, Tunang Anggota Bomba Sedih Lihat Keadaan Tunangnya
Insiden rusuhan yang berlaku di tapak kuil Sri Mariamman, Subang Jaya pada Ahad lalu telah menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan kepada seorang anggota bomba, Mohammad Adib Kasim.
Akibatnya, dia kini terlantar di hospital dan mengalami patah tulang rusuk.
Dalam pada itu, tunangnya, Nur Najihah memohon doa orang ramai agar Adib cepat sembuh kerana mereka ada merancang untuk berkahwin.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.