Menerusi laman media sosial Instagram pelakon Nora Danish telah berkongsi beberapa keping gambar ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Redang, Terengganu.
Terdahulu, keluarga ini juga sempat mengisi masa selama beberapa hari di Jepun.
Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon, Nora tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Berkongsi aktiviti seharian di laman Instagram, YB Syed Saddiq dilihat sedang merapikan rambutnya di sebuah kedai gunting mamak.
Apa yang menarik adalah poster yang tertampal di kedai tersebut sehingga empunya wajah pun turut sama meninggalkan komen di entri Menteri Belia Dan Sukan itu.
“Cantik Rambut Saya Nampak Dari Belakang.”
Lebih menghiburkan, Datuk Seri Haji Mukhriz turut sama memberi reaksi kepada posting tersebut.
Malah, ada yang bermurah hati menawarkan khidmat salun secara percuma kepada Menteri Besar Kedah ini.
“It’s been a long time since…”
Ulas netizen lagi, perkongsian ini dilihat mampu menjentik hati golongan muda agar bijak berbelanja.
Foto – YB Syed Saddiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi sebuah artikel mengisahkan dirinya pernah disantau suatu ketika dahulu, pelakon Qazem Nor, menyifatkan Allah Maha Mengetahui Segala-galanya.
Memetik laporan artikel tersebut, dia perasan akan perubahan diri apabila rambutnya gugur dan hampir botak.
Malah dia mengalami sakit kepala yang kronik.
“Saya tidak kenal siapakah yang tergamak melakukan perbuatan ini sehinggalah saya bertemu seorang pengamal perubatan.
“Saya terkejut apabila diberitahu saya terkena santau angin yang dikirim seorang wanita berbaju kurung dan bertudung, berkemungkinan peminat saya,” katanya dipetik.
Tambahnya lagi, dia meminta maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan.
Walaupun sudah sembuh daripada sakit misteri terbabit, namun perkongsian ini hanyalah sekadar peringatan buat netizen di luar sana agar sentiasa ingat akan Allah Yang Maha Besar.
Foto – Instagram Qazem Nor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Manis sungguh membaca perkongsian Dr Say Syazril sempena ulangtahun perkahwinan ke-5 dengan Dr Azura Abas.
Mengenang kembali detik perkenalan dengan Azura, kata Say, dia mengenali wanita itu ketika sedang membuat persediaan untuk ke India menyambung pelajaran.
“Ui, crite anniversary pun nak part part ke? Ni nk cerita cmne sy DAPAT bini sy, sb dlu pnah post skali on Dec 2017 tp masa tu xcekap berkarang lg maka arini sy crite lain, lebih detail.
“Anyway, 1st time sy set my eyes on @azuraabas adlh pd 2013 mase di MSU sebelum fly buat medic kt India. Sy asal Bangi maka sy konservatif skit. Bile nampak pmpn free hair, sy jadi batak, semua saye nak (terus terang ja, at least sy bukan penunggang agama oops).
“Xsilap yg nak fly g India ade dlm 3-4org ja yg free hair tp bini sy yg berjaya menarik mata sy.”
Lelaki sasa ini terpaksa melupakan hasrat apabila dia merasakan Azura sudah mempunyai kekasih hati.
“Namun begitu, setelah berkilas-kilas pandang sy dpt merasakan yg “die ni sure ade bf dah ni & bf die sure lg hot dari aku ni” + “die ni mesti high maintenance ni tgk la muke die” + “die ni mesti anak dato’ ni, mane nak pandang aku budak Bangi ni”.
“Maka niat sy tuk “nak” kt die terkubur. Sy ingat nak kacau awek free hair lain yg lebih kurang level sy bile ttibe bff die msg sy ckp “beb, azura nak msg ko tanye psl gym skit”, fuuuh terus sy abaikan awek free hair B & fokus hanya pd Azura (sorry awek free hair B).”
Walau tidak pandai bermain kata-kata, namun kepakaran dalam bidang gim berjaya menambat hati.
“Terus-terang sy ckp sy xgifted bermulut manis. Knkdg jeles je tgk lelaki muke suam sendu tp skali die bukak mulut awek beratur mcm terkene minyak dagu. Kalau bukan bff die msg sy, mmg bini sy xnama Azura dh kot skang.
“Sambung crite, memandangkan Azura nk tnye psl gym yg merupakan kepakaran sy, maka skng sy ade point yg kuat tuk tackle die. Tp rupe2ny bff die btau yg sbnrny Azura bekenan jugak skit kat sy. Waaah mase sy dgr yg die bekenan kt sy tu, girang gembira penuh bercahaya kehidupan saye. Time to make my next move, tp mcm biase Part 2 naa peeps. Nk pi celebrate sattt.”