Bekas bintang Gegar Vaganza musim pertama, Shima kini tampil bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah hujung bulan lalu. Katanya ketika dihubungi MH, dia sudah tekad untuk berhijrah seterusnya cuba menjadi individu yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Alhamdulillah. Pengalaman mengerjakan umrah begitu berharga, alhamdulillah. Malah saya pun sudah pasangan niat. Jejak saja Mekah memang mahu kekal berhijab. Doakan semoga semuanya dipermudahkan, insyaALLAH,” katanya yang turut berterima kasih kepada ahli keluarga dan rakan terdekat yang menyokong akan perubahan dirinya itu.

 

“Keluarga dan teman beri sokongan yang baik dan harapnya saya kekal istiqomah,” harap bintang yang popular menerusi lagu Teringin sekitar tahun 90-an ini. 


Terdahulu selain Teringin, Shima turut sinonim popular menerusi barisan lagu malar segar lain seperti Apa Ku Rasa, Luka Dilukai, Setelah Aku Kau Miliki dan Aku Tetap Aku.

Berkongsi mengenai perkembangan terbarunya pula, Shima atau nama lengkapnya, Ku Nazhatulshima Kamarazzaman bakal menghiburkan peminat setianya di dalam persembahan dalam program Memori Indah Bersama Shima Teringin dan Kumpulan Eva Bulan Cinta di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail, Kuala Lumpur 9 malam ini.

Ads

“Selain itu, saya juga turut merancang untuk melancarkan single berentak balada tahun ini. Masih mencari lagu sesuai,” akhiri Shima.

Ads

Ads

Foto: Instagram Shima

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI