Tahniah diucapkan buat adik kepada pelakon, Anzalna Nasir, Nazirah yang sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Umar Mukhtar.

Majlis yang dilangsungkan penuh meriah minggu lalu itu turut diraikan dengan kehadiran ahli keluarga kedua belah pihak bersama teman rapat.

Malah, pelakon tersebut turut menitipkan dedikasi indah buat adik bongsunya itu yang sudah pun selamat bergelar isteri pada usia muda.

Sambil menzahirkan rasa syukur, pelakon Dendan Aurora itu turut menerima kehadiran Umar dalam ahli keluarga mereka dengan tangan terbuka.

“When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

“Alhamdulillah. Congratulations Maggie and Umar! My family just got bigger, and I cannot be more excited! I love you both very much!,” tulis Anzalna menerusi salah satu postingnya.

IKLAN

View this post on Instagram

#NLovesU

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Malah Anzalna berada adik-beradi perempuannya yang lain turut meraikan pasangan mempelai dengan mengenakan persalinan sedondon dalam rona biru cair.

IKLAN
View this post on Instagram

#NLovesU

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Sementara itu, menerusi laman Instagram Anzalna, rata-rata peminat memuji penampilan adiknya yang mesra disapa Maggie itu.

[GAMBAR] “Sama Cantik Sama Padan,” – Tampil Anggun & Sedondon Putih Bersama Suami, Adik Bongsu Anzalna Nasir Selamat Bergelar Isteri

MH mendoakan moga bahtera pasangan sama cantik sama padan ini kekal hingga jannah.

Foto: Instagram Anzalna Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI