Pemergian pelakon Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62 tahun jam 1.30 petang tadi ternyata meninggalkan kesan kepada industri seni tanah air.

Turut sama bersedih dengan pemergian pelakon sitkom, Spanar Jaya itu tentunya rakan-rakan artis yang pernah bekerjasama atau mengenali Allahyarham.

Pelakon, Que Haidar mendoakan agar dia ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Alfatihah.. baru dapat berita seniman ini..Abang Zaibo dijemput ilahi sebentar tadi.. moga arwah ditempatkan bersama mereka yg beriman.. amin,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon, Sharifah Shahirah pula meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat melawat Allahyarham, sebelum ini.

“Al fatihah. Allah..tak sempat…asyik kerja keeja ..kerja..kerja..tak dan jenguk. Tapi selalu di hati

IKLAN

“Allah je yang tau hati kami camana. We gonna miss you,” tulisnya pula.

Bagi pelakon, Sara Ali pula berkongsi momen dapat berlakon bersama dengan Allahyarham awal tahun ini.

“First time saya dapat shoot dgn uncle Zaibo awal tahun ni… Isteri arwah baru saja confirmkan Uncle Zaibo sudah meninggal dunia.

IKLAN

“Innalillahiwaiinailaihirojiun…Al Fatehah,” tulisnya.

Turut berbuat perkara sama adalah pengacara, Roslan Shah.

IKLAN

“Al fatihah hilangnya permata pelawak popular Allahyarham Zainal Ariffin Abdul Hamid atau di Kenali sebagai Zaibo telah pergi meninggalkan pegiat seni.

“Cik lan mula kenali Allahyarham Abg Zaibo semasa rancangan masakan program tv Singapura iatu program Masak Apa ! Tahun 1994…Salam Takziah seluruh sekeluarganya ya.

“Dapat information dari Ibu Fauziah Nawi di FB nya…Baru tadi 5 minit yang lalu cik lan dapat tahu ….Allahyarham memang cukup popular di Singapura Tv channel 5 Program Sitcom Under One Roof,” tulisnya.

Di kesempatan ini, MH juga ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Foto/Instagram: Artis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI