Penyanyi yang popular dengan lagu Syantik, Siti Badriah atau lebih dikenali sebagai Sibad telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Krisjiana Baharudin pada Khamis.
Krisjiana Baharudin juga merupakan seorang pelakon di Indonesia.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan telah dilangsungkan di kediaman keluarga Sibad di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.
Ads
Sama cantik sama padan, pasangan mempelai itu dilihat mengenakan persalinan polos putih mengikut adat Sunda.
Berikut foto sekitar sepanjang majlis berlangsung.
Terdahulu, pasangan ini berkenalan menerusi sebuah program televisyen dan awal tahun ini, Krisjiana telah melamar Sibad. Keduanya bakal mengadakan majlis resepsi hari ini, 27 Julai 2019.
Foto: Instagram Siti Badriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sementara itu, di ruangan komen, netizen turut gembira melihat Intan liburan bersama rakannya.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang dilahirkan 29 Jun lalu.
Foto : Instagram Intan Liana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Laman media sosial kini menjadi peranan besar dalam kehidupan, malah dalam mencari rezeki.
Lalu tidak hairan andai kini peniaga online turut menjadikan Instagram sebagai perantara dalam promosikan produk jualan masing-masing.
Menyedari akan hakikat itu, Shaheizy Sam atau sinonim dengan panggilan Sam ada berbesar hati untuk melakukan reviu percuma kepada peniaga dalam talian.
Lalu, hero filem Pinjamkan Hatiku Ini ada naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Sam akui dia menerima banyak ‘direct message’ daripada peniaga yang memohon bantuan untuk promosikan perniagaan mereka.
“FREE IG REVIEW/PROMO!!! Hantarkan barang bersama dengan details korang kat A-11A, Taipan Damansara 1, Jalan PJU 1A/3J, Ara Damansara, 47500 Petaling Jaya, Selangor sebelum hari Sabtu (27/7/19).
“Items yang legal, bukan yang pelik2, ok?Jangan la suruh review/promote bom tangan, syabu atau bitcoin plak.
“Semoga Allah permudahkan perniagaan dan limpah ruahkan rezeki anda semua. Amin,” tulisnya.
Tidak pernah mengeluh sejak bergelar ibu kepada bayi kecil, pelakon Shakilla Khoriri bagaimanapun menegaskan perkongsiannya ini hanya sekadar menyatakan hakikat hidup seorang ibu yang mempunyai anak.
Kongsinya menerusi Instagram, sejak kelahiran pertama hatinya itu, banyak perkara yang tidak mampu dilakukan untuk diri sendiri kerana terikat dengan tanggungjawab.
“Bila dah ada baby ni banyak perkara yang kau tak mampu nak buat untuk diri sendiri.
“Nak manjakan diri konon pi spa lah, padi mani ke, wayang ke semua tak semudah dulu.
“Bunyi macam mengeluh eh?
Tak! Tak mengeluh cuma sharekan hakikat sebenar menjadi seorang penjaga baby.
“Tapi dalam tempoh setahun memang macam ni jalan hidup kau.
“Tapi ini lah harga menjadi seorang emak.
Segalanya untuk anak. Macam emak kita buat segalanya untuk kita. Remember?,” tulisnya.
Malah dia juga tidak lagi malu untuk menukar lampin anak di kawasan lalu Lalang sekiranya bilik bayi di pusat membeli belah penuh.
“Sekarang ni kalau jalan pi mall ke mana2 aku sentiasa harapkan ada tempat untuk aku stop bila Ameena bagi emergency ‘alarm’.
“Mak2 faham lah kan. Kadang baby room pun penuh. So kalau kau rasa case kau tak critical kau pi lah cari mana2 yang agak tertutup dan selesa untuk kau berteduh.
“Arghh…dulu nak duduk minum tepi bangku shopping mall pun aku segan.
Peserta Miss Universe Malaysia (MUM) 2026, Eunice Wong terharu walau mengakui tidak menyangka dirinya akan dinobatkan sebagai juara pada malam kemuncak acara berprestij tersebut.