[GAMBAR] Kecoh Fasal Cium Tangan, Pakai Baju Nikah, Hefny Sahad & Wanna Ali Sudah Berkahwin?

Tular di media sosial apabila pelakon dan pengacara, Hefny Sahad memuat naik foto akad nikah di Instagramnya semalam.

Bagaimanapun, foto tersebut hanyalah salah satu babak menerusi drama terbaru lakonannya, Cintaku Di Bumi Izmir. 

IKLAN

Gambar tersebut melihatkan pelakon, Wanna Ali mencium tangan Hefny sambil mengenakan busana perkahwinan. 

Serentak dengan itu, netizen pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan, namun ia hanya sekadar lakonan untuk menjayakan sebuah drama.

IKLAN

Aduh! Kalau betul lah Hefny sudah berkahwin, pasti ramai wanita diluar sana yang heart-broken,kan? 

Selain Hefny, turut sama terlibat di dalam drama rantaian berkenaan ialah Juara Dewi Remaja, Raisha Rizrose dan Nabila Razali.