Pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya kini ‘terbang’ ke New York bersempena dengan Minggu fesyen New York (NYFW2018).
Pastinya, banyak momen menarik yang dirakamkan mereka.
Antaranya, pasangan selebriti ini turut merakam foto bersama heroin filem The Mask of Zorro yang popular pada tahun 1998, Catherine Zeta-Jones dan anaknya Carys Zeta Douglas.
Gambar yang dimuat naik Scha beberapa jam lepas telah mendapat hampir 15,000 likes itu mendapat komen pelbagai dari netizen yang mulai ‘cemburu’ dengan Schawal apabila bergambar dengan bintang Hollywood yang berusia 49 tahun.
Dalam pada itu, netizen turut tertarik dengan kecantikan anak pelakon itu yang berusia 15 tahun.
Wah! Bertuahnya Schawal bergambar bersama bintang Hollywood.
Foto : IG Scha Al-Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI