Pelakon Bella Dally memaklumkan hari ini (waktu tempatan) merupakan hari terakhirnya di Madinah bagi menunaikan umrah. Turut sama mengiringi rombongannya ialah ahli keluarga dan suami, Arif Izuddin Radzali.
Malah beberapa hari lalu, bintang asal Sabah ini turut menyatakan rasa teruja selain memohon maaf sebelum keberangkatannya ke tanah suci.
“InshaAllah tak lama lagi, saya akan lihat kaabah buat pertama kalinya dengan mata saya sendiri.
Ads
“Assalamualaikum.. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan ibadah umrah. Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah saya lalukan secara sedar atau tidak, perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda.
“Terima kasih atas semua doa dan nasihat yang diberikan, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amin,” tulisnya beberapa hari lalu.
Pada masa sama, Bella turut berkongsi beberapa fotonya di sana di Instagram dan Insta Stories.
Bagi setiap ibu yang hamil pasti akan merasai perasaan yang sangat mendebarkan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku semasa mengandung.
Mungkin itulah situasi yang dihadapi pelakon Hanis Zalikha, baru-baru ini.
Hanis atau nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid kini sedang hamil anak kedua yang sudah mencecah usia 7 bulan.
Pelakon drama rantaian Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa itu ada berkongsi berita yang mendebarkan bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.
“Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila.
“Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.
“Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita.
“Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.”tulisnya.
Di samping itu, pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi info mengenai fidyah dan qada bagi ibu yang mengandung di bulan ramadan.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kesejahteraan buat Hanis sekeluarga.
MH juga turut mendoakan semoga Hanis dan bayi yang dikandungkan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Terdahulu, Hanis telah mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.
Akhirnya, selepas kontroversi panas melibatkan suami, Aliff Aziz didakwa curang buat sekelian kalinya, Bella Astillah mengeluarkan kenyataan yang nyata melegakan hati netizen.
Bella sebelum ini nekad memaafkan kesalahan suami, nyata tidak lagi berlembut hati kali ini.
Mengakui, acapkali digelar ‘biggest idiot in the world’ gara-gara mahu mempertahankan rumah tangga yang sudah di hujung tanduk.
Dia nekad mahu meneruskan hidup tanpa suami disisi.
“Assalamualaikum
“Thank you for your thoughts and opinions on my struggling marriage, it has not been easy at all, but I know some of you have good intentions for reaching out to me while some are just malicious for calling me out as being the biggest idiot in the world for trying to uphold my fallen marriage. .
“It has taken me everything, mentally and physically, to finally come to the decision that I will be moving on with my life without Aliff, if I want it to improve in any way at all for my son.”
Malah, dia memohon agar netizen berhenti menghantar mesej atau menelefonnya buat masa ini.
“I would sincerely appreciate it if the public would stop sending me dms, calling, and messaging me to further talk and speculate on this issue.
“I’ve given you a piece of my mind, all I ask is that you respect my decision and give me some space while I go through these trying times. .
“Thank you from the bottom of my heart.
“Moving on with my little soldier. Thank you for all the support especially my family ??” @bellagurdians,” tulisnya.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.