Pelakon, Ozlynn ada memuat naik video di Instagram yang memaparkan anak bongsunya, Nur Latifah Moleiq Hanania sedang merangkak menaiki tangga rumahnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Johan juga turut meluahkan perasaannya sebagai seorang ibu kepada lima orang anaknya.
“Sebenarnya aku sendiri yg mcm pompuan giler.. kenkawan g shopping aku dok dlm bilik dok membelek muka semua ank2.. tgk video nih pastu sendiri yg tersengeh2 mcm kerang busuk..
“Padahal masa nk pegi beria nawww.. dh beli tiket je.. trus fikir apa yg aku buat nih eh..normal kan mother2 punya feelings nih.. kdg bila penat tu.. smp boleh ckp.. haissh aku kena ada me time.. aku kena g holiday.. aku kena lepaskan sume kat laki aku.. biar dia plak ganti rasa n tanggungjwp..
“Tp bila baru je confirm jadi yg keluar mulalah rasa bersalah, sian kat anak ngan somi.. ank aku mkn apa?? Laki aku masak apa.. on time x mskan dorg, mandi dh ke? Gosok gigi ke tak tah tu.. baju dlm bakul tu dh basuh n lipat ke blom, dh cuci bilik air ke??
“Bibik aku korek idung pastu pegang puting botol anak aku x? Ahhh sume nk pikir lelebih.. padahal anak ko ok jek.. ngadekan?… tp tu la naluri seorg mak..
“Ke aku jek yg macam tuh?? 🤣🤣🤣 pastu tgk video nih.. trus x sabar nk balik.. ari nih satu ari suntuk dok belek fon xmo kuar.. kejap2 lg baru fikir nak belikan dorg hadiah.. moga anak2 mama sihat n elok pangai bila mama xde dan x menyusahkan org,” tulis Ozlynn panjang lebar.
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi pengalaman hidupnya sewaktu kecil yang memaparkan asam garam hidup dalam meniti kehidupan.
Menerusi sedutan video yang dimuat naik, terlihat sisi naif seorang kanak-kanak yang cuba mengambil sesuatu yang bukan hak di samping membantu ibunya menjual kuih.
“Ini kisah kami..kisah masa kecik2 dulu, hidup tak la mewah dan senang mcm yg lain2.
“Tapi yelaa budak2 kan,xboleh nk pikiaq panjang.tak tau kesan kalau buat satu2 benda yg tak elok.
“Alhamdulillah kami masih ada ibu ayah utk kami tebus semua salah kami,takkan terbayar dgn duit dan harta tpi cukuplaa buat depa hidup dlm keadaan selesa n cukup.
“Utk full video hampa tggu 23hb okk dan jgn lupa subcribe THE MELVINS kat youtube jugak,” tulisnya.