Dalam pada itu perkongsian kakak kepada pelakon, Shaheizy Sam itu telah menerima pujian daripada peminat.
Ads
Rata-rata peminat memuji kecomelan wajah anak-anak Zizie.
Ads
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Terus menerima rezeki zuriat, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac lalu.
Video : Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah pun ditayangkan di negara ini sejak 15 Ogos lalu, filem seram Makmum nyata menjadi buat mulut pencinta filem seram.
Meski wujud reviu pelbagai di kalangan peminat filem tempatan, namun ramai juga yang masih tidak mahu lepas peluang untuk merasai pengalaman seram menerusi filem lakinam Titi Kamal, Bianca Hello, Tissa Biani, dan Adila Fitri ini.
Bagi yang sudah dan belum menonton, kami senaraikan beberapa informasi penting mengenai Makmum.
Makmum diadaptasi dari filem pendek dengan mengambil judul sama, karya Riza Pahlevi. Film pendek yang dihasilkan lebih tiga tahun lalu itu turut dimuat naik di YouTube dan sehingga kini, ia sudah pun mencecah kira-kira 19 juta tontonan!
Serentak dengan kelainan jalan cerita dan garapannya, versi pendek filem tersebut turut meraih penghargaan menerusi kategori Best Horor di HelloFest 2016, Direction Special Mention dalam The Crappy International Movies in Sueca di Spanyol 2016, dan Best Ideas Film and Audience’s Favorit di Salatiga Film Festival 2017.
Jika sebelum ini pelakon utamanya, Titi Kamal sinonim menerusi naskhah yang romantis seperti Ada Apa dengan Cinta dan Eiffel I’m in Love. Namun, Makmum menjadi percubaan pertamanya terlibat menerusi filem seram.
Selain Indonesia, filem ini juga ditayangkan serentak di tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam. Difahamkan, ia sudah pun mengutip kutipan lebih RM1 juta setakat ini di Malaysia.
Khabarnya juga, proses penggambaran Makmum turut terselit kisah mistik apabila Titi Kamal ada mengungkapkan ada tiga kejadian aneh yang dialami krew produksi dan rakan pelakon.
Mereka difahamkan, kerap mendengar suara mendesah seperti orang sesak nafas, berbisik selain suara orang sedang mandi. Namun setelah diselidiki, ia nyata tidak wujud dari mana suara yang didengari.
Makmum mengisahkan Rini (Titi Kamal), iaitu seorang penjaga rumah mayat yang diusir keluar dari rumahnya dan memilih untuk bekerja di asrama puteri.
Ketika waktu cuti sekolah, tiga pelajar iaitu Nurul (Tissa Bianni), Putri (Adila Fitri) dan Nisa (Bianca Hello) tidak dibenarkan pulang kerana keputusan peperiksaan yang teruk.
Lalu sepanjang tempoh itulah, berlaku peristiwa seram pada mereka termasuklah kewujudan hantu makmum yang sering mengacau mereka ketika mereka solat.
Rupanya ada kisah dendam lama yang disimpan pengetua serta penjaga asrama puteri itu.
Foto/Sumber: Carian Google/Liputan6
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya.
Bertemakan animasi Inggeris seperti Snow White, The Barbie Edition, Woodling Creature Series dan Baby Series, setiap momen indah itu dikongsikan Julia di Instagram.
Memilih jurufoto terkenal Camora Arts Official, Tun Alayna Zeeya kelihatan tenang sambil menutup matanya apabila fotonya dirakam.
Sementara itu, netizen meninggalkan komen terhadap perkongsian tersebut.
Untuk rekod, Julia mendirikan rumah tangga dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Pasangan ini menerima cahaya mata sulung pada 14 Jun lalu.
Foto : Instagram Dr Puteri Julia Nabilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.