Ibu mertua kepada personaliti versatil, Ifa Raziah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur awal malam tadi kerana tahap kesihatannya yang kian menurun sejak kebelakangan ini, awal malam tadi.
Berita tersebut dimaklumkan bintang yang popular menerusi lagu Ser Ser Ser itu menerusi Instagram miliknya, lengkap dengan sepotong video yang menyaksikan Ifa bersama keluarga sedang berada di perkarangan Zon Kritikal & Kecemasan, Hospital Besar Kuala Lumpur.
Malah, Ifa turut memuat naik perkara sama menerusi Insta Stories.
“Assalamualaikum.. Sesiapa yg mengenali Ibu Mertua Ifa.. Khizan Binti Zain.. beliau skrg dlm keadaan Nazak masih kritikal di ICU HKL.
“Ifa sekeluarga memohon doa2 anda semua semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya Aamin . . kpd saudara jauh dan dekat boleh hubungi Abg Yang atau Yani,” tulis Ifa.
Serentak dengan perkongsian usahawan produk Solid Molid itu, rata-rata para peminat mendoakan semuanya dipermudahkan dan tidak kurang yang meminta Ifa sekeluarga supaya tabah, perbanyakkan doa.
Malah, dedikasi sama turut diberikan sahabat dan rakan selebriti lainnya.
Moga Ifa dan keluarga tabah menghadapi ujian dariNnya.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, gambar pelakon dan pengacara, Alif Satar ketika berusia 16 tahun tular di sosial media.
Rata-rata netizen menjadikan gambar tersebut sebagai bahan jenaka selain turut menyifatkan segalanya boleh berubah sekiranya anda mempunyai wang dan berkemampuan.
Bagaimanapun, Alif menempelak kenyataan tersebut dengan menegaskan, wang bukanlah segalanya tetapi hubungan baik dengan tuhan dan keinginan untuk berubah menjadi faktor utama di mana dia berada ketika ini.
“Assalamualaikum everybody!! Man gambar throwback. Ramai yang komen “kau bukan tak handsome, kau cuma takda duit”. Let me tell ya, money probably had only 10% of this change.
“Part of growing up, there’s gonna be a phase where everything is gonna be confusing.. taktau macam mana nak style ( i still cant find one til now), jerawat everywhere (still have it), your braces and your teeth tak siap lagi, your morale is low, self esteem is low dan macam2 lagi,” tulisnya.
Alif menerusi Instagram memberi tahu, semua orang akan melaui fasa untuk mengenali identiti diri dan itu adalah perkara normal.
“It’s not money that is going to help you be better, it’s the drive in you, your connection to Him, and your will to change to be better are the true factors that define who you are.
“So, to all who are going through what i did when i was 16, don’t give up. Find your strength, and search for peace and happiness in this life that is full of trials and tribulations, i pray for each and every single one of you a positive change just like me,” luahnya lagi.
Entri yang menerima hampir 100,000 tanda suka itu memapar Alif berkongsi gambarnya ketika usia 16 tahun.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Alif selain turut meminta pengacara Big Stage itu untuk tidak mempedulikan tanggapan negatif segelinitir pihak terhadap dirinya.
Alif memulakan karier nyanyiannya pada 2006 selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3 sebuah pertandingan nyanyian yang diberi nama, One In A Million.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.