Dalam pada itu, Raden yang comel bersinglet putih dan blangkon (songkok) kelihatan tenang dan tidak banyak meragam, sebaliknya dia sentiasa tersenyum tatkla gambarnya dirakam menerusi lensa kamera.
Sinonim sebagai wajah ‘jamban’, Dr Shazril Shaharuddin mengakui dia seringkali ditegur peminat kerana iklan bilik air yang dibintanginya.
Walaupun pernah muncul dalam beberapa komersial yang lain, namun entah mengapa, hanya iklan ‘jamban’ yang tetap melekat di minda ramai.
“Topik : Iklan Jamban, Apa Nak Segan?
“Knkdg bila sy pi shopping mall & ditegur orang, mesti ade yg tnye “u yg buat iklan jammm” xsempat die habiskan ayat, sepantas kilat sy sambung “iklan jamban, ahaa sy lah tu” wlpn dlm hati kecil ku berbisik “ingt die nk ckp aku dlm Mydoctors ke, billboard Gatsby ke, last2 jamban gak yg die ingat”.
“Bile balik kampung pun sedare2 tegur “lucu la iklan jamban Say”, terduduk sy dibuatnye bang, mmg iklan tu je ke yg even keluarga besar ku ingat?
“Parents ku pun knkdg persoalkan pemilihan iklan ku tp ku yakinkan mrk knape nak segan, janji pendapatan halal, pulangan lumayan & jamban Say kekal gemerlapan.”
Tambahnya, walaupun keluarga mempersoalkan pemilihan iklan yang dilakukan, namun apa yang penting, rezeki yang diperolehi halal.
“Syukur Alhamdulillah arini jajahan jamban ku sampai ke Philippines. Kini aku mula akur yg mukaku mirip jamban & aku bangga dgn kejambanan ku. Biar ape org nk kata yg penting namaku diakatakan mereka.
“Pantun 2 kerat last, Kalau Trivago dipegang @dahliashazwan, @say_shazril pegang ketat iklan jamban. Sekian,” tulisnya lagi.
Nampaknya, pengakuan menerusi entri sebelum ini menerima reaksi pelbagai netizen apabila doktor popular, Dr. Say mengakui ‘rampas’ teman wanita lelaki lain yang kini telahpun selamat menjadi isteri.
Ulasnya menerusi muat naik terkini, kes ‘sailang’ ini bukanlah untuk membalas dendam kerana pernah terjadi kepada dirinya, namun soal perasaan dan keserasian dengan pasangan membuatkannya nekad untuk bersama.
“Topik : Dr Say Sailang!
“Nampakny agak ramai affected dgn kisah sy menyailang di previous post, maka post ni sy terangkan elok2 la eh? Persoalan paling utama “ape doc rase kalau doc yg di sailang?”. Jawapan sy memandangkan sy pernah disailang, yes sy terluka & sedih but life goes on.
“Sy tau yg bawang akan stop baca smpi sini & berfikiran “ni kes nk balas dendam la ni, pernah kene sailang maka skang die nak menyailang”.
“Meh sy tanye balik. Sekiranya korg terjumpa someone yg share d same interest, minat Coldplay + One Republic, skali ngn korg, minat teroka tempat2 baru + asing naik moto, skali ngn korg, minat try streetfood kt India yg xdijamin kebersihannye tp layankan je sb perasaan ingin tahu korg sama membuak2, tak suke tempat keco2 but prefer tempat less people with less noise, skali ngn korg, adakah korg akan easily let that person go even if die dah berpunya?
Apa yang pasti, tulisnya, dia tidak mengganggu tunang atau isteri orang dan tak menyesal atas tindakannya.
“Plus sy bukannya kacau bini atau tunang org pun. Umur mase tu baru 20, xpernah terlintas idealogi perkahwinan.
“Ape yg sy pasti, each time sy hang out ngn Azura, sy boleh jadi diri sy sendiri. Xperlu koya2, xperlu kontrol2, xperlu bajet2. Xde rahsia langsung antara kami, sy tau sume ex bf die, die tau sume ex gf sy siap marah sy sb sy masih baik2 ngn sume ex gf sy.
“We just clicked & the chemistry is just strong. So should i let her walk away? Kalau ampa tanya “menyesal tak sailang?”, jawapan sy SAYA AKAN MENYESAL KALAU SAYA TAK SAILANG.”
Soal hati dan perasaan memang sukar nak dijelaskan. Apa yang pasti, pilihlah pasangan yang tepat kerana kita akan hidup dengannya sehingga akhir hayat. Kalau sudah jodoh kan?
Foto – Instagram Dr Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!